Thursday, May 15, 2008

Rahsia pemakanan genius-genius islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsiakeajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitabtradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab danumat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untukmengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalanganilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formulaini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikankebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formulapemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkankepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quranmengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar"Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untukkesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral,protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasanmental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang pentingseperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium,potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuktenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapaingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untukmerawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkankepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangatmerbahaya!

2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darahbagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan keotak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk,pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesanjika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsursemulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badandan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Iamengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiatuntuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahiakal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yangterbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembuyang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca olehRasullullah s.a.w.

4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjagakesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakanmakanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin,zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w,"Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. MakaAllah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telurkuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan mindasekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakanmentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisandengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambahkekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain jugaelok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakanbuah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinyaselama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayudahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangatefektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah inisangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burungmerpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segarjuga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkanmemakannya.

10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungikadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina daraterutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. AbuMusa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat sertadapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenisvitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untukmeningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachiomerupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yangtinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual dikedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabis.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda jugaberkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu kedalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantitiyang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Wallahu a'lam bish-shawab Billahi at-Taufiq wal-hidayah...
Wassalam. - email daripada Masyitah

No comments: