Monday, October 11, 2010

10 BAHAYA MAKAN

Sumber Perubatan Rasulullah

Ubat-ubatan Alami yang Disyari’atkan Allah dan Rasul-Nya dan diamalkan oleh Rasulullah SAW

Berikut ini sebahagian daripada rawatan melalui penawar yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti Madu, habbatus sauda (Jintan Hitam), Air Zam-Zam dan Minyak Zaitun yang Insya Allah dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan izin Allah Ta’ala:

1. MADU:

Allah Ta’ala berfirman,”Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan” (QS. An Nahl : 69)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Kesembuhan itu ada pada tiga hal, iaitu dalam pisau pembekam, meminumkan madu, perawatan dengan besi panas (kayy). Dan aku melarang umatku melakukan rawatan dengan besi panas” (HR. al Bukhari no. 5681)

Dalam sebuah riwayat lain disebutkan,”Alaykum bisy syifaa-ayna al ‘asali wal qur-aani” yang artinya “Hendaknya kamu menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur’an” (HR. Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahih-nya, beliau berkata, Hadis ini sahih sesuai dengan sistem periwayatan al Bukhari dan Muslim, dan disetujui oleh al-Zahabi. Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu secara marfu’)

Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah mengatakan, “Madu memiliki banyak khasiat. Madu dapat membersihkan kotoran yang terdapat pada usus, pembuluh darah, dapat menetralisir kelembaban tubuh, baik dengan cara dikonsumsi atau dioleskan, sangat bermanfaat untuk lanjut usia dan mereka memiliki keluhan pada dahak atau yang metabolismenya cenderung lembab dan dingin” (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 42-43)

2. HABBATUSSAUDA (JINTAN HITAM):

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat. Erti dari sabda Nabi, “Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya“, yakni segala sesuatu yang boleh hancur. Banyak lagi ungkapan-ungkapan sejenis. Jinten hitam memang berkkhasiat mengobati segala jenis penyakit dingin, bisa juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas karena faktor temporal’ (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 365)

3. AIR ZAM-ZAM:

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Air zam-zam itu penuh berkah. Ia makanan yang mengeyangkan (dan obat bagi penyakit)” (HR. Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam kurung adalah menurut riwayat al Bazzar, al Baihaqi dan ath Thabari dan sanadnya shahih, lihat Majma’uz Zawaa-id III/286).

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menceritakan pengalamannya berkaitan dengan cara menyembuhkan penyakitnya dengan air zam-zam yang dikombinasikan dengan metode ruqyah dari al-Quran ini,’ Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang dokter atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha merawat dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air Zamzam dan membacakan padanya surat al Faatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan. Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam merawat berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku beritahu kepada orang banyak yang mengeluhkan suatu penyakit dan banyak dari mereka yang sembuh dengan cepat’ (Zaadul Ma’aad IV/178 dan al Jawaabul Kaafi hal. 23)

4. MINYAK ZAITUN:

Allah Ta’ala berfirman,“.. yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah Barat” (QS. An Nur : 35).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Makanlah oleh kalian minyak (zaitun) dan poleskan dengannya, kerena sesungguhnya minyak (zaitun) itu dari pohon yang diberkahi” (HR. Ahmad III/497, at Tirmidzi no. 1851 dan Ibnu Majah no. 3319, dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih at Tirmidzi II/166)

Sumber Bacaan: Kaedah Pengubatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

10 Bahaya Makan

Kesan sampingan dan bahaya makan minum sering dilapurkan dan ia diakui sendiri oleh pakar perubatan bahawa punca penyakit yang diidapi oleh masyarakat manusia dan ada yang membawa kematian khususnya masyarakat moden hari ini, ia berpunca daripada banyak makan daripada kekurangan makanan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan lain-lain semuanya berpunca daripada lebih makan atau tidak mengawal makanan dengan cara yang betul.

Oleh sebab itu Nabi SAW mengingatkan bahawa; “Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan sekadarnya. Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang makanan dan sepertiga lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas (ruang udara)” –(Riwayat At Tirmizi dan Ahmad).

Hadis di atas di samping menganjurkan agar menghadkan kadar makan dan minum, Nabi SAW juga mengingatkan tentang bahaya perut jika ia diisi dengan tanpa hadi. Difahamkan daripada hadis di atas juga bahawa perut kita hanya selamat jika ia diisi dengan makanan satu pertiga sahaja. Tetapi jika ia dipenuhi dengan makanan melebihi ruang itu, maka kemungkinan besar ia merbahaya kepada kesihatan kita sendiri.

Oleh sebab itu Imam Al Ghazali dalam Minhajul ‘Abidin menjelaskan terdapat 10 bahaya berpunca daripada lebihan makanan. Di antara bahaya-bahaya makan minum tanpa had itu ialah;

1. BANYAK MAKAN HATI MENJADI KERAS DAN MEMADAMKAN CAHAYANYA.

Dalam sebuah hadis yang agak masyhur bahawa Nabi SAW mengingatkan; “Hati anak Adam ditempa bentuknya mengikut makan dan minum”. Ertinya bentuk dan sifat hati itu berpunca daripada makan minum.

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda lagi, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walau pun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”.

Dalam Al Quran pula Allah mengingatkan agar jangan makan makanan secara belebihan sehingga walau pun dengan makan minum yang halal. Firman Allah, maksudnya; “Makan minumlah kamu, tetapi jangan berlebihan” –(Surah Al ‘Araf ayat 31).

Hukama’ pula ada berkata; “Perut itu umpama kuali yang berada di bawah hati, bila ia mendidih asapnya akan terkena pada hati. Jika banyak asap, ia akan kotor dan menjadi hitam”. Ertinya bahan kimia daripada makanan itu menghasilkan toksid yang boleh membinasakan hati dan jantung.

2. BANYAK MAKAN HATI MENJADI RESAH DAN MERUNTUN ANGGOTA KE ARAH PERKARA SIA-SIA DAN MAKSIAT.

Seorang yang sentiasa kenyang sentiasa lupa daratan. Segala pancainderanya, seperti mata, telingan, lidah dan kemaluannya cenderung untuk melakukan perkara haram. Tetapi bila perut lapar, semua anggota menjadi aman dan tenteram daripada runtutan maksiat, hatta perkara fudhul (tidak berfaedah).

Berkata Ustaz Abu Jaafar Rahimullahu ta’ala, bahawa perut itu, jika ia lapar, anggota lain menjadi kenyang (tidak ingin) terhadap segala perkara yang tidak baik. Tetapi jika ia kenyang, maka segala anggota lain menjadi lapar (teringin) kepada sesuatu tanpa batas dan banyaklah perkara yang dituntutnya. Kesimpulannya, menurut Imam Al Ghazali, setiap perbuatan, ucapan serta tindak-tanduk seseorang lebih banyak dipengaruhi oleh makan minum.

Jika makan yang haram, maka yang terhasil daripada anggota dan pancainderanya adalah perkara haram juga. Jika makan yang halal, yang terhasilnya adalah perkara baik dan manfaat serta keuntungan di dunia dan akhirat. Tapi jika makan belebihan, walaupun halal, ia mendatangkan kesan sampingan yang memudharatkan pula.

3. BANYAK MAKAN AKAN MELEMAHKAN AKAL DAN TERHALANG DARIPADA MENJADI CERDIK.

Benar sekali apa yang disebut oleh Imam Ad Daraqutni; “Bila engkau ingin sesuatu dari keperluan dunia dan akhirat, maka janganlah engkau makan dahulu sehingga perkara yang engkau ingin itu tercapai atau berhasil. Kerana makan itu akan merubahkan fikiran menjadi lemah.

Bukti itu telah dialami oleh banyak orang yang mempraktikkannya”.

4. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANG IBADAH.

Banyak makan menyebabkan badan menjadi berat, mata mengantuk, anggota badan lesu dan lemah. Walau pun dipaksa untuk melakukan sesuatu, tetapi tidak berdaya lagi, kecuali hanya tidur seperti bangkai terbuang.

Diceritakan bahawa Nabi Yahya as pernah bertemu dengan iblis sedang membawa sesuatu serupa joran (alat memancing). Nabi Yahya bertanya; “Untuk apa engkau bawa alat ini”. Jawab iblis; “Inilah syahwat untuk aku pancing anak-anak Adam”. Tanya Nabi Yahya lagi; “Adakah aku juga hendak engkau pancing?”. Jawb iblis; “Tidak ada peluang. Tetapi pernah pada suatu malam, engkau makan agak banyak. Maka aku dapat memancing kamu sehingga engkau terasa berat untuk mengerjakan solat”. Kata Nabi Yahya; “Kalau macam itu, mulai hari ini aku tidak lagi mahu makan kenyang sepanjang hidup aku”. Kata iblis dengan penuh kesal; “Betapa menyesalnya aku kerana membuka rahsia ini. Mulai hari ini kami golongan iblis tidak akan menceritakan lagi rahsia ini kepada sesiapa pun”. Ada pun kisah Nabi Yahya terlebih makan itu cuma berlaku sekali sahaja dalam hidupnya.

Cubalah bayangkan, bagi orang yang sentiasa kenyang pada setiap malam. Tentu sekali bukan sahaja malas, bahkan terasa rugi untuk bangun beribadah malam. Bila terjaga pada waktu malam sayang sekali untuk tinggalkan kain selimut dan tilam empuk untuk bangun beribadah kepada Allah.

Berkata Syied Sofwan Rahimullah; “Ibadah itu umpama perusahaan (perniagaan) yang menguntungkan. Warungnya adalah berkhalwat dan barang perniagaannya ialah berlapar”. Ertinya jika kita tidak berlapar, maka kita ibarat peniaga yang membuka warung yang kosong.

5. BANYAK MAKAN AKAN MENGHILANGKAN KEMANISAN DALAM BERIBADAH.

Seperti seorang seniman yang sedang asyik menumpukan kepada kanvas lukisannya, ia pasti lupa alam sekelilingnya. Setelah selesai dihasilkan lukisannya, ia akan terasa suatu kepuasan. Demikian juga dengan badah yang dilakukan dengan takun dan khusyuk, akan terasa sedap dan nikmat. Selesai ibadah akan terasa suatu kepuasan.

Saidina Abu Bakar berkata; “Sejak aku menganut Islam, belum pernah perut aku kenyang dengan makanan. Kerana aku ingin mendapat kemanisan dan kepuasan dalam beribadah. Juga belum pernah aku kenyang dengan minuman, kerana aku sangat rindukan Allah”.

Saidina Abu Bakar ialah salah seorang sahabat Nabi SAW yang mendapat maqam (tingkatan) mukasyafah. Ini seperti mana diakui oleh Nabi SAW sendiri, maksudnya; “Tiada yang melebihi kamu Saidina Abu Bakar dalam rasa mekanisan beribadah puasa dan solat. Sesungguhnya ia ialah kerana sesuatu yang tersimpan di dalam dadanya (takwa)”.

Inilah tanda dan sifat orang yang telah mendapat maqam mukasyafah kerana mengurangkan makan dan minum.

Kata Addoroni, saat aku merasa amat manis sekali dalam ibadah ialah semasa perutku rapat dengan belakangku (terlalu amat lapar).

6. BANYAK MAKAN SEMBARANGAN MAKANAN AKAN MUDAH TERJERUMUS KEPADA SYUBHAT ATAU MUDAH MENDEKATI PERKARA HARAM.

Menurut Imam al-Ghazali, barang halal itu datang kepada kamu hanya sekadar untuk menjadi bekalan sahaja. Seperti mana disebut oleh Nabi SAW, maksudnya; “Sesungguhnya yang halal itu tiada datang kepada kamu, melainkan sekadar untuk menjadi bekal dan sekejab sahaja. Tetapi yang haram itu datang kepada kamu bertimbun-timbun”.

Banyak makan makanan syubhat menimbulkan was-was dalam hati. Sukar menghafal ilmu dan mudah lupa. Oleh sebab itu dalam hadis riwayat Bukhari bahawa Rasulullah SAW mensifatkan, di antara halal dengan haram ada di tengahnya perkara syubhat. Walau pun perkara syubhat belum haram, tetapi ia lebih mendekati ke arah haram dan termasuk perkara larangan, bagai taman larangan kawasan istana. Kerana, siapa yang suka meniti di atas syubhat, lambat laun ia akan terjerumus kepada haram. Bagi orang wara’ perkara syubhat dijauhinya bagai menjauhi perkara haram.

7. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN TIMBUL PELBAGAI PERKARA BURUK.

Di antara perkara buruk atau kesan sampingan berpunca daripada banyak makan ialah;

a). Hati dan badan menjadi penat kerana sebuk berusaha mencari perbelanjaan untuk tujuan menyediakan makanan yang lazat-lazat dan mahal-mahal perencah dan resepinya.

b). Badan akan menjadi penat dan letih dalam mencari pelbagai resepi, menyiapkan pelbagai jenis masakan, mencuci alat-alat yang telah diguna untuk makan dan sebagainya.

c). Menghabiskan masa, fikiran, dan pertimbangan untuk mengimbangkan resepi agar terasa lazat. Kerana bimbangkan risiko kekurangan salah satu bahan, nanti kurang sedap.

d). Selepas makan, kesibukan itu bersambung lagi, seperti kena mencuci gigi, menyiapkan peralatan selepas makan seperti kertas tisu, menghidang makan ringan sebagai pencuci mulut dan lain-lain.

e). Jika perut allergic terpaksa pula pergi ke jamban. Menghadapi risiko kesan sampingan seperti terkena penyakit darah tinggi, lemah jantung atau kencing manis dan lain-lain, maka terpaksa pula jumpa doktor dan sediakan ubat sepanjang masa.

f). Selalu rugi di bidang agama seperti;

i). Banyak makan menjadikan seseorang malas beribadah atau melambat-lambat sembahyang, kerana terasa penat akibat perut terlalu kenyang. Jika ibadah pun telah mengurangkan perkara-perkara sunat.

ii). Orang yang banyak makan akan sentiasa hendak membuang air kecil atau air besar atau sentiasa kentut. Oleh sebab itu wudhuknya tidak dapat kekal. Ertinya, ia tidak mampu kekal dalam keadaan suci, iaitu sentiasa berada dalam wudhuk. Sedangkan orang yang sentiasa berwudhuk, menurut hadis, ia sentiasa diampuni dosa oleh Allah sepanjang ia berwudhuk.

iii). Banyak makan menyebabkan kurang tahan beriktikaf atau tidak dapat berlama-lama dalam mesjid, kerana keluar untuk keperluan cari makan atau kerana terbatal wudhuk (sentiasa kentut) atau kerana hendak buang air kecil atau air besar.

iV). Orang yang banyak makan ia tidak tahan berpuasa, kerana tidak tahan berlapar.

Demikian beberapa kelemahan keburukan orang yang banyak makan dan ia merupakan satu kerugian.

Sesungguhnya puasa, iktikaf, dawamut toharah (sentiasa berkeadaan suci - sentiasa berwudhu', termasuk juga menjaga kebersihan pakaian pada diri) dan lain-lain itu merupakan perkara yang menjadi ibadah dan mendapat pahala. Sedangkan banyak makan, menyebabkan peluang untuk berada dalam keadaan ibadah dan mendapat pahala menjadi terganggu oleh kesan sampingan akibat makan banyak seperti perasaan malas, mengantuk, terkentut, buang air kecil dan besar (menyebabkan tidak tahan berada dalam keadaan sentiasa wudhu') dan lain-lain.

Kerana itu Nabi SAW mengingatkan, maksudnya; “Punca segala penyakit ialah rakus atau lahap dalam makan dan punca segala ubat ialah berpantang”.

Malik bin Dinar pernah berkata; “Wahai saudara ahli Basrah, disebabkan makan terlalu banyak, maka kita terpaksa kerap pergi ke tandas, tempat yang hina. Ertinya kita dimalukan oleh Tuhan. Oleh sebab itu, maka aku amat inginkan sekiranya diberi rezki oleh Tuhan, cuma cukup untuk menjilat lidah sahaja pada batu krikil”.

Oleh itu orang yang Cuma menghabiskan masa untuk fakir makan dan minum sahaja, maka semua urusan yang dilakukan (untuk mencari makanan) hanya semata-mata untuk keduniaan dan tidak ada apa-apa bahagian untuk di akhirat. Kerana apa yang diusahakan semata-mata untuk menghasilkan najis dan mengakibatkan pula badan lesu, menanggung penyakit dan masa (umur) tebuang percuma sahaja.

8. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN AMAT SAKIT KETIKA SAKARATUL MAUT DAN URUSAN PERHITUNGAN DI AKHIRAT MENJADI RUMIT.

Dalam hal ini Nabi SAW ada mengingatkan; “Berat atau ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung kepada sedikit atau banyaknya kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan dan kesenangan dunia yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi sakit sakaratul maut, kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang telah mendarah-daging bagi kita”.

9. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANGNYA GANJARAN DI AKHIRAT, KERANA NIKMATNYA TELAH DITERIMA DI DUNIA.

Firman Allah, maksudnya; “Dan ingatlah hari ketika orang-orang kafir dimasukkan ke dalam neraka, kepada mereka dikatakan; ‘Kamu telah menghabiskan rezki dan kesenanganmu yang baik di dunia dan kamu telah pun bersenang-senang dengannya, maka pada hari ini dibalas pula dengan azab yang menghinakan. Kerana kamu dahulu di dunia sombong dan fasiq tanpa hak” –(Surah Al Ahqaaf ayat 20).

Jika kita hanya mengambil dan menggunakan nikmat dunia semata-mata untuk merasakan kesenangan di dunia, maka akibatnya nikmat di akhirat akan dikurangkan oleh Allah.

Diriwayatkan bahwa suatu masa Khalid Ibnu Walid menghidangkan makanan yang enak-enak kepada Saidina Umar. Lalu Saidina Umar berkata; “Makan yang enak ini kita akan makan sekarang, tetapi bagaimana dengan nasib orang –orang fakir di kalangan sahabat Muhajirin yang meninggal dunia, kerana belum pernah kenyang makan roti yang dibuat daripada sya’ir (iaitu gandum yang amat murah harganya)”. Khalid menjawab; “Ya, Amirul Mukminin, bagi mereka sudah ada syuga. Sekarang mereka sudah mendapat ganjarannya”. Kata Saidina Umar lagi; “Kalau begitu, mereka sudah dapat syurga, sedangkan kita baru dapat makanan yang enak ini. Amat celakalah kita, kerana di antara kita dengan mereka berbezaan amat jauh sekali”.

Saidina Umar amat faham tentang peringatan Rasulullah SAW, bahawa jika seseorang itu telah mendapat nikmat dunia dan bermewah-mewah dengannya, nanti di akhirat ganjarannya akan berkurangan.

Diriwayatkan bahawa suatu hari Saidina Umar merasa dahaga. Lalu ia meminta air daripada seorang sahabat yang ada berdekatan dengannya. Sahabat itu pun menghulurkan kepadanya air yang di dalamnya bercampur beberapa butir buah kurma sehingga air itu terasa manis. Sebaik-baik sahaja Saidina Umar menghirup seteguk air itu, lalu ia bagaikan tersentak dan bersuara; “Aduh...”. Tapi sahabat itu menyangka Saidina Umar tersentak kerana air itu kurang manis. Dia pun berkata; “Ya, Amirul Mukminin….seboleh-bolehnya aku inginkan agar air itu cukup terasa manis, tetapi jika ia kurang manis, aku minta maaf…”. Balas Saidina Umar; “Aku tersentak itu bukan kerana tawar, tetapi kerana terlalu manis”. Selepas itu dengan nada terharu Saidina Umar menyambung lagi; “Kalaulah tidak kerana ada Hari Akhirat, maka aku akan bersama-sama kamu bersenang-senang menikmati kehidupan di dunia ini”.

10. BAHAYA MAKAN MERUMITKAN SOAL JAWAB DI AKHIRAT.

Bahaya makan terakhir ialah mengakibatkan seseorang itu akan menghadapi saat rumit ketika berhadapan dengan soal jawab di akhirat.

Walau pun memakan rezki yang halal, tapi jika di akhirat kita disoal siasat oleh Allah di Mahkamah Akhirat tentang daripada mana kita perolehi yang halal itu dan ia diperhetungankan satu persatu. Jika kita memakan makanan yang syubhat, kita akan disalahkan, kerana hanya ingin bersenang-senang. Sedangkan hal ehwal keadaan jiran, orang miskin dan lain-lain orang yang susah, tanpa dibantu, itu akan ditanya kelak oleh Allah kepada kita.

Sesiapa yang tidak membantu orang yang memerlukan bantuan, sedangkan ia mampu, maka ia dianggap tidak tergolong sebagai umat Islam.

Sebuah hadis bahawa Nabi SAW bersabda amat tegas sekali, maksudnya; “Siapa yang tidak memikirkan urusan sesama Muslim, ia dianggap bukan golongan mereka (bukan golongan Muslim)” -(Riwayat Al Hakim dari Ibnu Mas’ud).

Oleh itu, dalam hidup ini, kita selaku umat Islam telah tersedia memikul amanah, sama ada amanah masyarakat atau amanah diri dan keluarga. Jadi, tidak pantaslah setiap hari kita cuma memikirkan tentang makan dan mengisi perut sahaja. Kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap keluarga dan masyarakat.

Memang dalam hidup ini, lebih-lebih lagi untuk mengisi tugas dan tanggungjawab terhadap Allah dan juga masyarakat, kita perlukan badan sihat. Badan yang sihat, terbina daripada makanan minum yang baik dan berzat. Memang makanan itu perlu, tetapi janganlah sampai makan terlalu berlebihan sehingga melupakan tanggungjawab lain yang lebih utama.

Di petik daripada pusratu.com

Friday, September 24, 2010

Jadilah kami dalam golongan yang terbaik.

Suatu ketika dahulu; aku selalu ingin mencapai apa yang di impikan.Setelah aku bekerja keras bila jadi sikit2 la, rupa-rupa nya ramai lagi orang yang hebat-hebat dah lebih muda2 dari aku.
Ini semua mat saleh punya kerja la; dia cipta novel la..world record la..jadi sedikit sebanyak orang terpengaruh berlumpa-lumba nak jadi yang 'ter'baik.
Rupa-rupanya niat aku itu perlulah di perbetulkan sedikit. Aku ada terdengar semalam di radio ikim didalam rancangan temuramah bersama Dr. Muhaya mengenai persiapan anak ingin menghadapi peperiksaan. Kata beliau," Kita jangan berdoa untuk menjadi untuk orang yang 'terhebat'; senang cerita no. 1 la, atau the best..rupa2nya kita kena berdoa agar( jadi jugak hebat ..sebalik nya) di golong dikalangan orang yang hebat-hebat"Kenapa? Kata beliau jika kita ingin menjadi no.1 , kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kita mencapainya; akan berlakulah macam-macam asalkan hasrat kita tercapai. Contoh anak nak periksa supaya dapat no .1 inilah yang ditekan kan oleh ibubapa sekarang tanpa menghiraukan akhlak dan perilaku anak. apabila kita ingat kita sudah dapat tetapi ramai diluar sana yang lagi hebat-hebat, nanti kita akan rasa kecewa atau putus asa. Selain daripada itu juga jika lah ditakdirkan kita memang hebat no.1 kita akan berasa riak, kita kufur kepada Allah..kerana semuanya itu adalah milik Allah..kita ini tiada daya upaya; tetapi sebaliknya jika kita berdoa tergolong dalam kumpulan hebat kita tidak akan riak tetapi kita akan rasa bersyukur dapat menjadi hebat seperti dalam kumpulan itu..

wallahhualam

Tuesday, August 24, 2010

IKHLAS

Malam sudah menunjukkan jam pukul 12.20 minit malam; aku rasa aku mahu menulis artikel yang terakhir sebelum masuk tidur. Dulu aku pernah tanya ustaz Hasrizal; macammana ustaz start jadi penulis ; macammana nak mulanya nya..Ustaz itu menjawa saya menulis blog dahulu..

Ok sekarang ; sekarang aku hendak menulis artikel mengenai 'Ikhlas' yang aku dengar di radio IKIM beberapa bulan dahulu; sebelum terlupa.

Pada zaman dahulu ketika nabi Adam telah di turunkan kebumi..banyaklah makhluk2 Allah yang menunggu ketibaan nya..kerana memamng pada masa itu tidak ada peminpin kepada mereka ; banyaklah makluk2 bumi seperti binatang 2 datang berjumpa nabi Adam untuk mengucapkan taniah kepada Nabi Adam.

Maka;

Di pendekkan cerita sekumpulan kijang ini datang bertemu juga dengan nabi Adam dan mengucapkan tahniah kepada Nabi Adam. Apabila mendengar ucapann tersebut nabi Adam pun menggosok-gosok dibelanag badan kijang tersebut. Apabila kijang tersebut balik dia bertemu dengan rakan-rakan nya ; rakan-rakan nya ada merasa satu bau yang sangat harum ; bau apakah ini..? tanya kijang tersebebut.. bau ini datang daripada bulu dibadan kamu. Oh ; tadi aku baru bertemu dengan nabi Adam dan mengucapkan tahniah kepada nya kerana datang kebumi untuk memimpin bumi..

Maka setelah mendengar cerita tersebut pergilah kijang yang lain ini juga bertemu nabi Adam, dipendekkan cerita samalah seperti yang sebelumnya dia dapat bertemu degan nabi Adam dan Nabi Adam menggosok2 kan nya bulu pada badan kijang tersebut..

Apabila balik didapati tidak ada bau wangi keluar daripada bulu badan kijang tersebut..kijang -kijang itu pun berasa hairan..

Yang sebenarnya; kumpulan kijang yang kedua itu datang kerana mempunya tujuan untuk mendapat bau wangi bukan lah 'ikhlas' untuk mengucapkan tahniah kepada nabi Adam... Sebab itulah sampai sekarang ada sekumpulan kijang yang mengeluarakan bau wangi pada bulunya di buat minyak wangi ' kijang kasturi'..

wallahualam...

Tazkirah Ramadhan

1. Alangkah baik nya kalau banyak...
2. Alangkah baiknya kalau baru
3. Alnagkah baiknya kalau semua nya...

Sewaktu seorang sahabat Nabi hendak meninggal dunia; nabi bertanya kepada sahabat yang lain; apakah yang dikata kan sahabat yang hendak meninggal dunia itu ( kerana di kala itu nabi tiada bersama)

maka;

jawab sahabat yang tadi dia berkata; saya mendengar sewaktu hendak meninggal dunia dia berkata...

1. Alangkah baik nya kalau banyak...
2. Alangkah baiknya kalau baru.....
3. Alnagkah baiknya kalau semua nya...

Ya Rasullalah; apakah yang dimaksudnya kerana kami semua tidak faham? maka Rasulullah menjawab bahawa baginda paham. Baginda memberitahu bahawa apa yang disebut adalah peristiwa yang berlaku semasa hayat nya..

1. Alangkah baiknya kalau banyak..

Alangkah baiknya kalau bernyak itu bermaksud sahabat semasa hayatnya ketika beliau ternampak seorang buta hendak melintas jalan pergi kemasjid; maka sahabat ini telah pun memimpin orang buta tersebut sehingga melintas jalan. Maka ketika di penghujung hayat nya kesemua kebaikan itu Allah telah perlihatkan; maka sahabat berasa rugu alangkah baiknya jikalau dia mendapat peluang yang banyak seperitu itu..

Intipati dari cerita tersebut kita disuruh mengingat kan diri kita supaya bayak melakukan kebaikan semasa hidup. Itu baru sahabt tersebut 'memimpin' orang buta; apakah lagi jikalau kita boleh meimpin keluarga ; anak isteri..organisasi di tempat bekerja; surau di taman apakah lagi masyarakt dan agama. Memanglah kebaikan yang kita lakukan tidak dapat apa2 disisi manusia tetapi ianya amat bernilai disisi Allah..Itulah yang membuatkan ketika sahabat itu hendak meninggal dunia itulah Allah memberikan pahala ketika dia memimpin orang tua itu ; sahabat setelah ketahui ganjarannya baru merasa terkilan kerana mendapat peluang yang sedikit..

2. Alangkah baiknya kalau baru...

Bermaksud semasa hayat nya sahabat tersebut ketika berjalan hendak pergi kemasjid dia ternampak seorang tua yang memakai baju yang agak nipis dalam perjalan kemasjid. Sahabat yang gemar memakai baju tebal dan kadang2 dua helai; maka dia telah memberikan sehelai bajunya yang agak lama kepada orang tua itu..

so ; pekir2kan lah...intipatinya bagilah barang yang baru atau pun senag cerita barang yang kita sayang..

3. Alangkah baik kalau kesemuanya...

Bermaksud semasa hayatnya sahabat tersebut ketika hendak makan hidangan sekeping roti didatangi oleh seorang miskin untuk meminta makanan . Maka sahabat tersebut bertanya kepada isterinya; dan isterinya telah sepakat untuk memberikan separuh daripada sekekping roti tersebut kepada orang miskin itu...


so..pikir2 kanlah...

Selamat beramal....wallahualam.

Cerita ini dipetik dari surau belakang rumah tazkirah Ramadhan oleh ustaz Syukri...

Monday, August 16, 2010

Agama - "The Way of life"

Peringkat takwa pada bulan puasa.

Puasa Tahap I -
Puasa yang mana orang yang berpuasa hanya berpuasa dengan hanya takut daripada batal puasa .Contoh : memasukan sesuatu ke dalam rongga hidung.

Puasa Tahap II -

Puasa yang mana takut batal pahala puasa. Contoh : Menjaga lidah, ,mata , telinga dan sebagainya.

Puasa Tahap III -

Takut tahap yang paling tinggi; menjaga hatinya supaya sentiasa ikhlas. Contoh seperti tidak riak dan sebagainya.

Seperti juga kata imam Ghazali puasa ada tiga iaitu puasa orang awam,khalawas dan' alamak tak sempat nak tulis'

Sebab itu untuk keseimbangan dalam hidup kita perlu ada mempelajari 3 ilmu ini:-

1. Ilmu Akidah
2.Ilmu Fekah
3.Ilmu tasawuf

Bulan Ramadhan = Kem bina semangat selama 1 bulan

Pasar Ramadhan = Pasar Jamu Nafsu; tidak sepatutnya.

Khutbah pada sembahyang hari raya = Hari Majlis Konvekesyen untuk menerima ijazah (takwa) daripada Allah selepas berjaya di kem selama 1 bulan. Disunatkan pakai baju baru dan wangi-wangian.

Jangan jadi hamba pada bulan ramadhan sahaja, jadilah hamba pada Tuhan (Allah). Ramadhan adalah kem bina semangat selama 1 bulan untuk kita hidup sebelas bulan seterunya.

Wallahualam - Dipetik daripada rancangan Tanyalah Ustaz pada 16/08/2010

Thursday, July 1, 2010

Ikhlas

4 tanda riak atau hendak tahu iman kita setakat mana.

1.Bila kita sembahyang di masjid jadi rajin contoh buat sembahyang sunat tetapi bila kita kat rumah kita tidak rajin.

2.tidak ingat( tak sempat nak salin)

3.Bila kena puji kita makin rajin.

4. Bila kena keji kita jadi malas.

Thursday, June 24, 2010

keajaiban bersyukur..

Hidup ini mudah jika kita terbuka. Terbuka melihat hal-hal kecil di sekitar kita, terbuka menerima cobaan yang sedikit menghambat perjalanan kita, terbuka dalam berpikir begitu beruntungnya kita jika dibandingkan dengan orang lain, dan masih banyak lagi keterbukaan yang harus kita lakukan dalam menyikapi hidup. Untuk selanjutnya kita perlu berterima kasih kepada Tuhan atas takdir-Nya yang indah untuk kita. Itulah Bersyukur…
Dengan bersyukur, ibarat kata punya uang seribu saja kita merasa kaya. Selain itu, bersyukur merupakan obat ampuh untuk mengobati sifat iri. Yup..sifat dimana kita merasa cemburu ketika orang lain bahagia, sifat yang menunjukkan kalau kita tidak punya sesuatu yang bisa kita banggakan atau bahkan sifat yang bisa menghambat kehidupan kita. Tidaklah sulit untuk melakukan ini. Hanya perlu kepekaan terhadap apa yang telah kita miliki dan peka terhadap sekitar kita.
Akhirnya, Anda akan merasakan keindahan hidup seperti orang dan nyanyian katakan. Inilah keajaiban bersyukur..
By Suci Nice
Esti Gumansuci

sumber: http://www.resensi.net/

Kata-kata motivasi 7

24Jun
Kata-kata motivasi 7
Lia Nadia Qistina Category: Kata-kata Motivasi No Comments
“Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu”. – Rusdin S. Rauf, penulis buku Quranic Law Of Attraction.
Fikir bukan sehari dua tapi haru sepanjang masa.
Apa yang kerap kita fikirkan, apa yang paling banyak kita fikirkan, itulah yang akan jadi.
Selalulah berfikir pasal kecemerlangan kita di masa hadapan.
Bayangkan selalu kecemerlangan yang kita idamkan seolah-olah ia sudah berlaku saat ini. Rasainya seolah-olah ia benar-benar terjadi.
Dengan itu, kita mampu menempuh apa saja kegagalan, permasalahan dan dugaan walau cemanapun susahnya.
Kata-kata motivasi untuk minda
Kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah
Motivasi diri – 17 bahaya lidah
Kata-kata motivasi Aa Gym

sumber :http://www.imotivasi.com/

Hati Dalam Kegelapan

Hati Dalam Kegelapan
Juni 24th, 2010 Author: agussyafii
Pernah ada satu kisah seorang gadis yang membenci dirinya sendiri bahkan semua orang yang disekelilingnya dia benci, kecuali kekasihnya yang selalu setia menemani dan memberikan dorongan semangat untuk hidup. Sebenarnya gadis itu cantik kekurangan yang ada dirinya cuman satu karena kedua matanya tidak bisa melihat. Dalam keseharian dirinya selalu meratapi hidupnya.Namun gadis itu sangatlah beruntung memiliki pujaan hati yang cukup sabar mendengar segala keluh kesahnya bahkan mampu menghibur dan membuatnya tersenyum. Kecintaan pada gadis itu bahkan dibuktinya dengan melamar tetapi sang gadis rela dinikahi bila sudah dapat melihat dengan sempurna.Doa gadis itu akhirnya terkabul. Ada seseorang yang bersedia mendonorkan matanya. Betapa bahagia dirinya begitu menyaksikan dunia baru yang indah dan penuh warna. Kekasihnya juga ikut bahagia merasakan kegembiraan. Dia segera menagih janji gadis itu.'Sekarang dirimu sudah bisa melihat dunia, Apakah kamu mau menikah denganku?' tanya sang kekasihnya.Gadis itu terguncang disaat melihat kekasihnya ternyata buta. Gadis itu kecewa dan menolak untuk menikah dengan pujaan hatinya yang buta. Sang kekasihnya dengan air mata yang mengalir, hatinya bagai tertusuk sembilu kemudian meninggalkan pesan disecarik kertas.'Kekasihku, tolong jaga baik-baik mataku!'Pesan kisah diatas memperlihatkan bahwa disaat status sosial kita berubah menjadi lebih baik seringkali berubah pula gaya hidup kita, hanya sedikit orang yang ingat akan kehidupan sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat siapa sebenarnya sahabat sejatinya. Sahabat yang telah menemaninya dalam suka maupun duka, dalam tangis dan tawa, begitu sudah menjadi orang sukses, kita mudah sekali melupakan sahabat sejati yang telah menemani dalam perjalanan hidup kita.
Orang Terbaik

sumber : http://dunia.pelajar-islam.or.id/

Saturday, May 8, 2010

Doa yang di baca oleh Syeikh Habib Omar di Majid Al-Falakh USJ 9.

YA ALLAH AMPUNILAH KAMI DOSA KAMI YANG TERDAHULU DAN JAGALAH KAMI PADA MASA-MASA YANG AKAN DATANG .

YA ALLAH KURNIAKANLAH JUGA PENGAMPUNAN ITU KEPADA ORANG2 TUA KAMI, KEPADA KELUARGA-KELUARGA KAMI DAN ORANG YANG MEMILIKI HAK KEPADA KAMI.

YA ALLAH,

BERILAH HATI-HATI KAMI KECINTAAN YANG TELUS KEPADA MU, DAN KECINTAAN KEPADA RASULMU, DAN KECINTAAN KEPADA KELUARGANYA DAN SAHABAT NYA,DAN KECINTAAN KEPADA PARA SOLIHIN DARIPADA DARIPADA HAMBA-HAMBA ALLAH.

YA ALLAH,

ENGKAU KUMPULKAN KAMI PADA MALAM INI MELIHAT KEPADA SEJARAH MEREKA MAKA KUMPULKANLAH KAMI NANTI DENGAN MEREKA.

JANGAN LAH ENGKAU JADIKAN SALAH SATU DARIPADA KAMI JAUH DARIPADA WAJAH-WAJAH MEREKA DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN SALAH SATU DARIPADA KAMI TERKELUAR DARIPADA LINGKARAN MEREKA.

WAHAI YANG MAHA PENGASIH

WAHAI YANG MAHA PEMURAH

TIDAK ADA ENGKAU SELAIN UNTUK KAMI MEMOHON.TIDAK ADA TUHAN SELAIN ENGKAU UNTUK KAMI MENGHARAP.

YA ALLAH,

TANG TELAH MENGUMPULKAN KAMI SEMUA DI TEMPAT INI, KABULKAN LAH KAMI SEMUA DI TEMPAT INI, KUMPULKANLAH WAJAH KAMI SEMUA YANG BERADA DISINI BERKUMPUL DIBAWAH PANJI NABI MUHAMMAD (S.A.W) , KEMALKANLAH WAJAH-WAJAH INI BERADA DI TEMPAT YANG ENGKAU MULIAKAN.

YA ALLAH,

ENGKAU TELAH KUMPULKAN KAMI SEMUA DISINI, JANGANLAH ENGKAU PISAHKAN KAMI SEMUA DISANA.SESUNGGUHNYA PADA ENGKAU SEMUA YA ALLAH TEMPAY KAMI MENGUMPUL HAJAT KAMI. ENGKAU ADALAH TUHAN KAMI,ENGKAU ADALAH PEMBIMBING KAMI, JADILAH PENGUMPULAN KAMI INI SEBAGAI BEKAL UNTUK KAMI BERKUMPUL PADA SATU HARI YANG SANGAT BESAR YANG MANA KETIKA ITU JANGAN LAH ENGKAU GOLONGKAN KAMI DIDALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG TAKUT ATAUPUN GOLONGAN YANG SEDIH,KAMI MENDAPAT GEMBIRA PADA WAKTU ITU UNTUK BERSAMA DENGAN PARA ANBIAK, BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG TELAH DIHAMPIRI OLEH PARA-PARA MALAIKAT YANG MANA MEREKA MENDAPAT KHABAR GEMBIRA UNTUK TIDAK TAKUT DAN TIDAK SEDIH DAN TERIMALAH KHABAR GEMBIRA DAN JANJI-JANJI SYURGA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA MU

WAHAI YANG MAHA PENGASIH.

WAHAI YANG MAHA PEMURAH

LIHATLAH KEPADA KAMI SEMUA DITEMPAT INI, DEKATKANLAH KAMI SEMUA KEPADA ENGKAU GEMBIRAKAN LAH KAMI SEMUA,PERBAIKILAH KAMI SEMUA BERILAH NIKMAT KEPADA KAMI SEMUA, LIHATLAH KEPADA KAMI SEMUA, BIMBINGLAH KAMI SEMUA , KUTAKANLAH KAMI SEMUA, JAGALAH KAMI SEMUA , PIMPINLAH KAMI SEMUA, JADIKANLAH ENGKAU BERSAMA KAMI SELALU, PERBAIKILAH SEMUA URUSAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU GOLONGKAN KAMI DALAM GOLONGAN YANG BERDOSA, JANGANLAH ENGKAU CELAKAN KAMI, BIKANLAH ORANG KAU USIR, BUKANLAH ORANG YANG BERDOSA,

YA ALLAH,KAMI MEMOHON KEPADA MU,
YA ALLAH KAMI MENGHARAP KEPADA MU,
YA ALLAH KAMI MOHON KEPADAMU,
YA ALLAH KAMI MEMINTA KEPADA MU,
YA ALLAH KAMI MEMINTA KEPADA MU,
YA ALLAH ENGKAU ADALAH TUJUAN KAMI,
YA ALLAH ENGKAU ADALAH TUJUAN KAMI,
YA ALLAH ENGKAU ADALAH BENTENG KAMI,
YA ALLAH ENGKAU TEMPAT KAMI BERLINDUNG,
KABULKAN KAMI SEMUA,
KABULKAN KAMI SEMUA,
KABULKAN KAMI SEMUA,
PERBAIKILAH LAHIR DAN BATIN KAMI,

SINARILAH HATI-HATI KAMI
SINARILAH HATI-HATI KAMI
SINARILAH HATI-HATI KAMI...

selepas itu doa tersebut tidak dapat di terjemahkan lagi kerana penterjemah telah pun sebak dadanya tidak terkeluar lagi kalam-kalam berikutnya...

Wallahulam..

4 kitab asas yang wajib ada di rumah.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz pada pagi ini menggunakankan kitab "Akidah Ahli Sunnah Waljamaah" karangan Tuan Haji Said Bin haji Ibrahim.

Hari ini beliau cuma menerangkan bahagian Muqadimah. Ahli surau telah pun memberi nama kepada wakil qariah untuk mengirim kitab tersebut kepada ustaz.Harga kitab sebuah adalah RM35.00 untuk yang rumi dan RM 30.00 untuk tulisan jawi. Sebanyak 12 naskah telah di tempah kepada Ustaz.

Adapun ketika berbicara setelah tasbih kifarah dibaca, ustaz menyarankan adalah wajib bagi setiap keluarga mempunyai 4 buah kitab yang asas untuk kesempurnaan beragama. Antaranya ialah :-

1. Kitab TafsirAl-Quran.

Menurut Ustaz Abdul Basit bin Abdul Rahman, kitab tafsir Al-Quran terjemahan Abdul Rahman dikatakan sesuai untuk masyarakat melayu di Malaysia.

2. Kitab Akidah

Contoh kitab akidah adalah "Akidah Ahli Sunnah Waljamaah"seperti yang akan di pelajari pada setiap hari ahad minggu kedua dan keempat di Surau Taman Angkasa Indah.

3. Kitab Fekah.

Contoh kitab Fekah adalah Mutaal Badrin. Fekah ini adalah bersamaan dengan ibadat.

4. Kitab Tassauf.

Contoh kitab Tasawuff adalah kitab Penawar Hati. Adapun kitab lama seperti kitab Hikam.

Wallahualam.

Suasana di Syurga

SEKADAR MENYAMPAIKAN.....

"
Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..


Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an
kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar
sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas.
Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat
kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j

---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au
kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au
kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )


"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar?
Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag
LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh.
Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag
LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda
kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)


..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~


Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

Tuesday, April 13, 2010

Prinsip Ekonomi.

SEJUK, HANGAT, PANAS, PEMELUAPAN DAN HUJAN

Kelakar pula bila saya baca kembali tajuk di atas. Maafkan saya pakar istilah bahasa dan ahli akademik, saya cuma mahu cuba menulis dalam bahasa mudah tentang situasi ekonomi yang cold, warm, hot, bubbles dan rain. Sekiranya ada istilah yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu, sila perbetulkan saya.

Keadaan dan perkembangan ekonomi adalah sama seperti tajuk di atas. Baik dulu, kini dan selamanya, ia pasti dan akan berlaku sebegitu jua. Cuma yang berbeza adalah watak-watak di dalam situasi ekonomi tersebut.

Ekonomi yang sejuk adalah ekonomi yang tidak baik. Anda bayangkan musim winter. Ia menyukarkan pergerakan. Binatang berhibernasi.

Ekonomi yang hangat adalah ekonomi yang paling baik. Ia tidak berapa sejuk. Ia juga tidak berapa panas. Semua orang seronok. Angin sepoi-sepoi bahasa. Hawa yang selesa.
Ekonomi yang panas pula adalah ekonomi yang kurang baik. Walaupun cuaca panas, tetapi proses hidrasi juga berlalu dengan pantas. Nak bersukan pun tidak selesa. Siapa suka main bola sepak tengah hari buta?

Ekonomi yang meluwap pula adalah ekonomi yang sudah ke penghujung. Bahaya sudah menanti. Ini kes hidrasi yang tidak terkawal. Orang jadi tidak tentu arah. Panasnya sudah maksimum sehingga air membentuk buih wap.

Ekonomi yang hujan adalah ekonomi yang merudum. Semua orang mahu berlindung. Bayangkan dalam satu padang bola terbuka, hanya VVIP dan beberapa kerat yang lain sahaja yang dapat menyelit dalam khemah utama apabila hujan turun dengan tiba-tiba.
Analoginya begini. Kita ambil buah kelapa sebagai contoh. Perniagaan kelapa di daerah Semua Boleh.

Satu hari, bekalan buah kelapa terlalu banyak. Tetapi tiada permintaan. Permintaan yang biasa adalah datang dari penggemar masak lomak pedas cili api dan gulai utara. Pembekal kelapa pening kepala. Peladang kelapa pun pening kepala. Peraih kelapa pun pening kepala. Apa la nak jadi dengan perniagaan kelapa. Akhirnya, ramai bungkus, kena saman hutang dan buka perniagaan lain. [Cold]

Pada saat orang tidak mahukan kelapa, tiba-tiba ada yang mula memborong kelapa secara senyap. Dia beli kelapa sikit-sikit. Tak naik lori. Tapi naik van buruk. Justeru, tidak ada siapa yang tahu lambakan kelapa itu sudah pun dibeli. Pembekal, peraih dan peladang yang masih kekal dalam perniagaan mula tersenyum. Mereka tahu ada beberapa orang mula membeli sikit-sikit tetapi konsisten. Mereka tidak tahu kenapa tetapi apa mereka peduli, yang penting kelapa mereka terjual walaupun dengan harga murah. [Cold reduce]

Tidak lama kemudian, kelapa semakin mempunyai permintaan. Oh, musim kahwin sudah sampai. Kerisik banyak nak guna, nak buat rendang. Pembekal, peraih dan peladang kelapa mula naikkan harga. Permintaan sudah ada. Beberapa orang yang membeli kelapa sedikit dan konsisten itu tadi pun mula menjual kelapa kepada orang ramai. Pelaburannya mula menampakkan hasil. [Warm]

Harga kelapa semakin mahal. Pelabur kelapa pula sudah mula beli beberapa lori 3 tan dan sudah pakai Mercedes baru. Ramai pula yang bekerja dengan pelabur kelapa. Dan semakin ramai berminat untuk membuka perniagaan kelapa. Santan Kelapa Enterprise. Kelapa Muda & Kawan-Kawan. Kelapa Emas Sdn Bhd. Koperasi Kelapa Hijau. DeCoco Network. Semua Kelapa Bhd. Mana tidaknya, bulan puasa sudah hampir. [Hot]

Abu, seorang pengusaha nenas cemburu melihat kawan-kawan yang berniaga kelapa mula bertukar kereta baru. Dia pun mahu join sekali. Harga kelapa parut sudah berharga RM 2.50 sebiji. Raya pun sudah dekat. Siapa mahu makan nenas waktu raya? Dia pun mula tanam kelapa, daftar syarikat kelapa, pinjam duit sana sini untuk bukak kedai, tanam kelapa, beli kelapa dan sebagainya. Kini, Abu Kelapa sudah datang. Lupakan Abu Nenas yang lama. [Bubble]

Rupanya bukan Abu sahaja yang sebegitu. Mereka yang tidak pernah tahu menahu pasal kelapa pun mula minat nak berbisnes kelapa. Minah, Sally, Samad, Raju, Chin, Chau, Sam, Dol semuanya berminat nak berbisnes kelapa. Siapa tidak meleleh tengok Din Loklak sudah kaya raya dengan jual kelapa sahaja. Harga kelapa parut mencecah RM 4.00 sebiji pun mereka yakin ada pembeli. [Bubble]

Lantas mereka mula memborong kelapa sebanyak mungkin. Duit Tabung Haji keluar. Duit bawah bantal keluar. Duit dalam bank keluar. Pinjam duit lagi. Yang penting mereka semua mahu jadi penjual kelapa! Kalau Din LokLak boleh kaya raya kenapa tidak mereka? Mereka pun nak jadi pembekal, peraih dan pelabur kelapa. [Bubble]

Hari ini dilaporkan RM 5 sebiji kelapa parut! Mereka mula mencongak keuntungan. "Kalau boleh naik RM 10 sebiji ni." "Kalau naik sampai RM 15 sebiji …" Pakcik Kayo! [Bubble]

Mereka dengar pula cerita orang kampung yang Penghulu Daerah Semua Boleh akan mewajibkan semua rumah masak rendang, bubur, masak lomak pedas dan gulai utara dan air kelapa segar sahaja untuk hidangan hari Raya. Wow! Ini sudah bagus. [Bubble]

Nak dijadikan cerita, pegawai kesihatan datang ke daerah mereka dan memberitahu jangan makan santan banyak sangat. Berminyak. Berlemak. Ada Kolestrol. Nanti sakit. Jagalah kesihatan. [Black Cloud]

Busted! Harga kelapa turun mendadak. Semua orang mahu jual kelapa yang mereka miliki. Tetapi pada waktu itu semua orang memiliki kelapa dengan harga yang tinggi. Lalu harga semakin rendah. RM 4. RM 2.50. RM 1.70. RM 1.20. RM 0.70 RM 0.35 … ! Ramai orang bankrap sebab berhutang. Syarikat terpaksa buang pekerja. Ramai orang mula menganggur. [Rain]

Tapi Din LokLak selamat. Sebab dia mula memborong kelapa dari RM 0.05 sebiji dan mula berhenti memborong apabila harga mencecah RM 2.00 sebiji. Dan dia menjual dan menghabiskan semua stok kelapa semasa harga kelapa mencecah RM 5.70 beberapa hari lepas.
… Tiada siapa peduli kelapa … … … Bekalan kelapa semakin banyak … Syarikat Kelapa Din LokLak mula mencari bekalan semula .[Cold]

Inilah yang telah berlaku dan akan terus berlaku dalam dunia perniagaan dan pelaburan.

Tulip Dutchmania Craze [1634-1637]
South Sea Bubble [1711]
Florida Real Estate Craze [1926]
Great Depression [1929]
Black Monday [19 Oct. 1987]
Asian Crisis [1997]
Dot com Bubble [2000-2002]

Friday, April 2, 2010

3 jenis orang yang menuntut ilmu.

Terdapat 3 jenis golongan orang yang menuntut ilmu kerana:-

1. Menuntut ilmu sebagai bekalan ke negeri akhirat, contoh ilmu agama(mencari keredhaan Allah).Orang ini adalah orang yang beruntung kerana menuntut ilmu akhirat.Orang yang menuntut ilmu akhirat ini, dunia akan mengikutinya.

2.Orang yang menuntut ilmu kerana ingin dapat jawatan segera di dunia seperti dapat pangkat . Orang ini seolah-olah berbuat jahat secara sedar.Dia mengetahui akan kesilapannya tetapi berharap kalau-kalau dapat bertaubat sebelum ajal.Golongan ini adalah oarang yang berbahaya kerana dikhuatiri tidak mendapat petunjuk sebelum ajal menjelma. Jikalau golongan ini sempat bertaubat dan dihapuskan dosanya, dia dikira seperti orang yang tidak mempunyai dosa.Walaubagaimanapun kita tidak mengetahui bilakah ajal menjemput akan kita. Orang ini biasanya menuntut ilmu kerana dunia maka dapatlah ia dunia.

3. Golongan yang ketiga ialah orang yang menuntut ilmu orang yang telah dikuasai oleh syaitan.Orang ini berasa bangga dengan ilmunya, bangga dengan ramai pengikutnya.Hatinya menjadi gelap.Golongan ini adalah golongan yang sangat rugi.

Bagaimanakah kehidupan orang islam pada masa kini? Adakah kerana pilihan no1, 2 atau 3. Tanyalah selera tepuklah dada.Rata-rata para profesional masa kini menuntut ilmu kerana sekeping kertas atau sijil yang kemudiannya dengan kertas itu dapat lah ia menjadi doktor, jurutera dan sebagainya dan mengharapkan imbuhan wang ringgit atau gaji. Maka perlulah muhasabah, perbetulkan niat.

Saya menasihatkan diri saya sendiri dan pembaca blog ini agar sentiasa muhasabah. Peruntukanlah paling kurang seminggu 1/2 jam untuk ilmu agama.Yakin lah pada ayat Al-Quran iaitu ayat seribu dinar yang hanya kebiassannya orang menggantungkan nya.

Ada lirik lagu indonesia berbunyi :-
"dunia ini memang indah, cepat kita kejar semakin dia lari"

Perumpamaan yang mudah seperti orang yang mengerjakan haji, tetapi pada masa yang sama dia ingin berniaga. Boleh berbuat demikian jikalau niat utamanya tidak tersimpang.Hendaklah ibadah haji itu diutamakan.


"orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa", diminta kita sentiasa berdoa minta mati dalam keadaan baik 'husnulhotimah',

minta dijauhkan daripada Allah ( wal a zubillah) mati dalam keadaan buruk 'su'ulkhotimah'.

Wallahualam.

ilmu diatas dsalin daripada rancanagan radio ikim, tajuk rancangan dan kitab rujukan saya sudah lupa.

Tuesday, March 23, 2010

CARA MENIKMATI HIDUP

Apakah anda mulai jenuh dengan rutinitas dan lebih ingin menikmati hidup? Berikut beberapa hal yang bisa anda coba:

Tertawa.
Pernahkah anda tertawa lepas bebas? Sekali-kali cobalah untuk tertawa lepas. Tertawa itu baik untuk kesehatan dan cara ampuh untuk menjadi lebih relaks. Jika sulit tertawa, sewa film paling lucu menurut rekomendasi, dan bebaskan diri anda tertawa hari ini..

Cara lain ialah dengan komunikasi dengan kerabat.
Sudah berapa lama anda tidak membuat janji dengan sahabat lama anda. Atau sudah berapa lama anda tidak bertemu dengan sepupu dekat anda? Buat janji dengan mereka dan kejar waktu yang terhilang.

Bertanya dan berguru.
Kadang dalam keadaan jenuh, kita membutuhkan orang yang lebih tua, lebih berpengalaman dan lebih bijaksana untuk diajak tukar pikiran dan membantu menjernihkan jalan pikiran kita yang sudah ruwet. Karena itu, temuilah pemimpin agama anda misalnya, untuk memberi masukan dan menjawab beberapa pertanyaan yang memenuhi benak anda selama ini. Bertanya juga tidak harus dengan benda bergerak. Anda bisa membeli buku yang bagus untuk didalami.

Buat sesuatu yang menyenangkan.
Sekali-kali, lakukan sesuatu yang fun namun sangat jarang anda kerjakan. Pergi ke konser musik bersama teman-teman, pergi ke Dufan di hari sabtu, atau manjakan diri satu hari penuh di spa yang mewah. Pasti seru.

Menolong orang lain.
Siapa sangka memberi bantuan pada orang lain adalah salah satu cara menikmati hidup. Dalam hidup ini, manusia tertipu oleh dunia dengan kebohongan bahwa lebih baik menerima daripada memberi. Padahal kebenarannya ialah sebaliknya. Tidak percaya? Coba saja. Sisihkan uang untuk pengemis tua yang biasa anda temui di jalan, atau kumpulkan baju bekas layak pakai anda dan bawa ke panti asuhan atau ke yayasan sosial, atau beli beberapa bungkus makanan dan bagikan kepada beberapa anak jalanan. Setelah itu, rasakan kenikmatan dibalik memberi dengan tulus dan hati yang gembira tentunya

Hibur orang lain.
Sekali lagi prinsip memberi ada disini. Anda yang jenuh, tapi anda yang menghibur orang lain. Tapi jika anda melakukannya, maka anda sendiri bisa terhibur. HIbur orang lain dengan senyuman, dengan memberi sapaan selamat pagi atau mengucapkan terimakasih, memberi pujian, atau mendengar cerita singkatnya tentang kehidupan pribadinya.

Cari makan.
Makanan bukan hanya untuk mengenyangkan perut saja, tapi untuk dinikmati. Sisihkan uang gaji anda bulan depan dan pakai untuk bersantap di resto paling oke di kota anda. Manjakan lidah anda sesekali. Makanan yang enak cukup ampuh untuk bisa melupakan rutinitas yang membosankan.

Cari teman curhat.
Kadang orang jenuh dan tidak bisa menikmati hidup karena harus menanggung semua masalah hidup sendirian. Bukan karena tidak punya teman, tapi karena memilih untuk menyimpan semua sendirian. Padahal makin ditumpuk didalam, tubuh dan jiwa pun makin terbebani. Sebaiknya cari sahabat yang bisa dipercaya dan mulai curhat dengan mereka secara rutin. Membagi beban akan membuat hidup anda lebih hidup dan lebih rileks.

Ambil kursus.
Mengambil kursus singkat tentang hal baru yang belum pernah anda pelajari sebelumnya adalah satu cara untuk membuat hidup anda variatif dan menambah percaya diri. Bahasa Prancis, memasak, menyetir atau membuat vas dari tanah liat adalah beberapa contohnya. Kalau malas sendirian, ajak teman dekat atau pasangan anda.

Dalami agama.
Tidak ada cara terbaik untuk mengobati kejenuhan dan menikmati hidup selain mendekat kepada si pemilik segala kehidupan yaitu Tuhan. Renungkan kebaikanNya, beribadah setiap hari dan mengenal pribadiNya adalah jalan keluar yang paling sempurna

Belajarlah mensyukuri hal-hal kecil

Bekerjalah efektif dan jangan bekerja keras, dengan demikian Andabisa punya waktu untuk menikmati hidup

Jangan ngoyo
Hidup ini tergantung lensa yang anda kenakan di mata anda ketika anda memandang kehidupan. Jika anda memilih untuk memakai kacamata yang baik dan positif, maka anda akan lebih menikmati hidup dan melihat segala sesuatu dengan baik walau dihalang oleh kejenuhan sekalipun.

Diambil dari jiwa.blogspot

Friday, January 29, 2010

Antara Forum Pemikiran Hassan Al-Banna dan balik kampung.

Hari ini aku dalam dilemma apabila memikirkan satu peluang yang terpaksa aku lepaskan iaitu untuk menuntut ilmu pergi ke forum Pemikiran Hassan Al-Banna di UNITEN kerana aku sudah planning untuk balik ke kampung halaman bertemu ayah bonda.Mana satu yang paling penting.Kedua-dua nya sama penting tetapi dari segi mengikut keutamaan adalah balik ke kampung halaman kerana aku sudah berjanji bersama bonda.Semoga Allah memberi keberkatan kepada pilihan ku.Walaubagaimanapun aku dapat satu blog yang agak menarik pada pagi ini.Wassalam.

http://sendirimenanti.blogspot.com/