Thursday, May 15, 2008

Asas untuk menjadi kaya

Saya pernah bertanya kepada seorang berpangkat Dato' ... [pelanggan perniagaan saya] lalu saya tanyakan satu soalan dan saya mahukan jawapan yang jelas dan ringkas .Soalan Cepu Emas ...saya berbunyi : "Dato' .. Bagaimana nak menjadi Kaya (RM) dan kekal menjadi Kaya dalam tempoh yang panjang"Jawapan Dato' "Mudah ajer .. Banyakan BERSEDEKAH kepada orang yang memerlukan samada anak-anak yatim piatu dan juga .. keluarga miskin [keutamaan].Kalau boleh .. sentiasa memberi lebih daripada apa yang mereka perlukan (sekiranya mampu). Satu unit pemberian kita (ikhlas) maka kita akan dibalas dengan 10 unit oleh Nya .. Jadikan amalan hidup harian kita .. InsyAllah .. rezeki akan datang tanpa putus dari Nya" Dato kemudian menjelaskan lagi .. "Setiap pemberian ikhlas dari kita .. ALLAH SWT akan membalas keikhlasan kita dengan berbagai cara .. kurang dari 2 minggu - selepas amalan kita itu" Kalau tak percaya .. cubalah .. tambah Dato' lagi ..... - email daripada Surina

No comments: