Thursday, April 17, 2008

Berani gagal

"SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!"

Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripadakesilapan yang kita pernah buat. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Andaperlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yangberjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan.

Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalahsesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlukalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satumotivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda perbaikinya. Pasukan yang menang sesuatu pertandingan tidak menang semua perlawanan.

Jangan ambil hati apabila gagal. Anda mempunyai misi anda sendiri,matlamat dan impian yang jelas. Jangan biarkan orang lain yangmenolak permintaan anda untuk melemahkan semangat anda. Anda perlu fokus dan teruskan. Anda mempunyai sasaran dan anda mesti capai walaupun halangan menunggu. Ingat, selepas gagal kali pertama anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan datang.-Mohd Nizam & Zahid

JANGAN MENGELUH

JANGAN MENGELUH ...........Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudahmenjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kamitelah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidakdiuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan bolehjadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allahmengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengankesanggupannya."- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahalkamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakansembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal."- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12

Wednesday, April 16, 2008

ALAM DAMAI-Laman gaya palma

Ayub masih mengintai peluang untuk memiliki palma jenis blackboy yang banyak terdapat di Afrika.


POKOK palma spesies cycads ini sangat disayangi pemiliknya kerana ia sukar diperoleh.

MELANGKAH ke halaman milik pasangan Ayub Abu Bakar, 46, dan isteri Zunaidah Embong, 40, di Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga, Kuala Terengganu membuahkan rasa tenang dan nyaman.

Rangsangan kedamaian terbit daripada rimbunan pepohon hijau palma yang memberikan inspirasi pada gaya landskap kediaman banglo setingkat ini.

Ruang yang minimum bijak disempurnakan dengan susun atur pokok hiasan, bermula dari ruang luar pagar hingga ke beranda rumah. Pokok-pokok yang diletakkan di tepi pagar pula membentuk ruang santai yang lebih luas.

Antara spesies yang terdapat di halaman Ayub ialah paku aji atau clivicola serta cycads, cycads dion serta zamia daun halus dan daun keras.

Namun pokok yang paling menarik dan sangat disayangi pemiliknya ialah cycads yang bercabang dua yang amat sukar diperoleh.


TEMPAYAN dan pasu besar melengkapkan hiasan laman yang menjadi tumpuan tetamu.

Dalam pada itu, paduan perabot ringkas yang diperbuat daripada kayu dan pangkin menjadikan laman rumah tampak santai dan selari dengan konsep tanaman yang ada.

Dilengkapkan dengan hiasan tempayan dan pokok menjalar di sisi pagar, kediaman yang dihuni pasangan itu bersama lima anak mereka sejak 17 tahun lalu kelihatan lebih menarik.

Selain menjadi tempat istirehat bersama keluarga, halaman yang kaya dengan elemen semula jadi itu juga menjadi tumpuan setiap kali ada sahabat atau saudara mara datang berkunjung.
Sangka penulis, tata hias halaman kediaman itu diilhamkan melalui perancangan landskap yang rapi.

Tetapi pemilik kediaman memberitahu, halaman itu terhasil kerana minatnya yang mendalam terhadap pokok jenis palma yang mula dikumpul sejak berpindah ke situ.



SETIAP pokok yang ditanam menyimpan nilai sentimental.

Kata Ayub, landskap itu terbentuk selepas adanya inisiatif untuk meletakkan koleksi palmanya di dalam bentuk yang lebih menarik, sekali gus menjadikan halaman kediaman itu tampil dengan gaya eksklusif dan tersendiri.
Berkongsi rahsia tentang minatnya itu, Ayub memberitahu, nilai pada setiap batang pokok yang ditanam itu memberikan satu kepuasan buat dirinya.

"Semua pokok yang saya tanam mempunyai nilai sentimental kerana lebih kecil pokok ini mula ditanam, lebih banyak nilai yang ada padanya," kata Ayub.

Mengakui pokok jenis itu lambat membesar, namun katanya, itulah yang menjadikan tumbuhan itu cantik dan unik. "Walaupun nampak kaku, ia sebenarnya sangat istimewa," terang beliau.
Katanya, bukan tidak ada pokok jenis lain tetapi minatnya hanya pada pokok jenis itu. Kini terdapat kira-kira 40 batang pokok seumpamanya di rumah Ayub.

"Pokok jenis ini banyak terdapat di negeri-negeri sebelah utara Semenanjung dan kebanyakan pokok yang ada di rumah saya ini saya dapatkan dari Kedah," ujarnya.


DI pangkin inilah Ayub dan isteri sering bersantai.

Menurut Ayub, pokok-pokok tersebut menjadikan tempat berbukit dan berbatu sebagai habitat dan sukar ditemui. Harga pasarannya pula agak mahal.

Namun katanya, dek kerana minatnya yang mendalam, pengusaha kedai tempahan iklan ini tidak kisah berhabis untuk melengkapkan koleksinya itu.

Mengakui ada antara koleksinya itu tidak sempat hidup lama, namun katanya, itu merupakan sebahagian daripada cabaran yang harus diterima.

Bagaimanapun katanya, apabila tumbuhan itu mula tumbuh, ia senang dijaga kerana tidak perlu disiram selalu.

Apa yang perlu dilakukan ialah menjaga pucuknya sahaja daripada ancaman ulat dengan semburan racun kerana ulat itu boleh mencacatkan pertumbuhan daunnya.

Biarpun koleksinya kini sudah padat untuk ruangan halamannya, namun Ayub masih mengintai peluang untuk memiliki palma jenis blackboy yang banyak terdapat di Afrika.

"Tunggulah sikit masa lagi, saya akan cuba dapatkannya juga," katanya. -oleh Manirah Othman

2 kisah bagaimana orang biasa mampu menjadi jutawan bermula dengan idea sahaja

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Idea Jutawan #2: Pinjaman $20,000 Menjadi Jutaan Dollar?++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Nama : Jonathan Elvidge

Warganegara : England

Umur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991.

Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti topeng mahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam.

Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya tetapi beliau memerlukan $20,000. Beliau meminjam dengan bank melalui skim usahawan.
Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli belah diHull.

Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull. Menjalin kerjasama dengan Andrew Hobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau. Pada akhir tahun pertama,mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England. Produk yang menjadi kegilaan ialah lampu lava.

Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.
Apabila Jonathan Elvidge diberhentikan kerja oleh majikannya disebuah syarikat telefon di Hull, beliau membuat keputusan untuk membuka bisnes sendiri.

Kegemaran beliau pada gadget dan rancangan TV the Fall and Rise of Reginald Perrin,memberikan satu idea buat duit kepada beliau. Satu hari beliau hendak membelikan kawannya hadiah hari jadi, tetapi kerana kekurangan pilihan membuatkannya nekaduntuk membuka kedai gadgetnya sendiri. Beliau membuat kajian produk dan setelah berjaya meminjam $20,000 daripada bank beliau menyewa sebuah unit kedai dipasaraya Hull.

Pada hari pertama membuka kedainya, hanya beliau, seorang kawan dan penjaga bayi yang melayan pelanggan. Oleh kerana Jonathan tidak tahu untuk berunding,beliau telah bersetuju untuk menyewa unit kedai tersebut pada harga yang agak mahal $30,000 setahun. Ini menyebabkan beliau hanya dapat pulangan modal walaupun bekerja 60 jam seminggu. Beliau mahu membuka lebih banyak kedai tetapi modalnya tidak cukup.

Andrew Hobbs, orang yang bertugas menyewakan unit kedai tersebut mahu menjalin kerjasama. Jonathan bersetuju dan pada akhir tahun pertama mereka telah membuka dua buah lagi kedai. Jonathan menghabiskan banyak masanya menjelajah ke pesta perdagangan untuk mencari produk. Jonathan telah bertukar daripada seorang operator menjadi jutawan dengan nilai asetnya mencecah $50 juta!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Idea Jutawan #3: Mengajar anak Matematik akhirnya jadi jutawan!+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nama : Judith BlissWarganegara : Amerika SyarikatUmur : 48 tahun

Idea bodoh : Mereka cipta komputer games yang menolong kanak-kanak belajarmatematik. Idea beliau ialah satu pengembaraan dengan kuiz matematik. Beliaumemanggil game tersebut ‘Math Magic”

Modal mula : Tidak diketahuiBagaimana idea digerakkan : Membuka bisnes sendiri – Mindplay. Menjual Math Magicdan terus merekacipta beberapa komputer games.

Jualan : Menjual disekolah-sekolah – melalui pos!

Pendapatan : $1.4 juta pada tahun pertama.

Judith Bliss berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya suka berjudi dan akhirnya disumbatkan kepenjara kerena merompak, semasa Judith berumur 11 tahun. Ibunya terpaksa mengambil upah membasuh baju dan membuat kerja berat untuk hidup.

Judith yang tahu betapa pentingnya pelajaran berjaya mendapat ijazah dalammatematik dan beliau mendapat pekerjaan sebagai komputer programmer. Beliau berkahwin dan mempunyai seorang anak, David. Apabila David berumur 4 tahun segala-galanya berubah.

David selalu merungut bahawa beliau merasa bosan disekolah tetapi cikgunya berkata David sengaja tidak mahu belajar. Walaupun begitu, Judith mendapati anaknya suka bermain

komputer beliau selama berjam-jam lamanya. Ini memberikanbeliau satu idea. Bagaimana jika beliau dapat mencipta satu program, yang mengandingkan satu pengembaraan dengan menjawab soalan-soalan matematik?

Satu komputer game yang boleh menjadikan belajar matematik sesuatu yangmenyeronokkan? Jadi, beliau telah mencipta satu program untuk melepaskan satu mahluk yang comel dari penjara seorang nenek kebayan dengan menjawab soalan-soalanmatematik. Kalau tidak mahluk tersebut akan dipenjarakan selamanya.

Ianya berjaya! Anaknya, David sangat suka dengan program tersebut dan hanya 3 bulan sahaja keputusan peperiksaannya meningkat. Ini membuat Judith terfikir jika program tersebut boleh menolong anaknya, ianya pasti boleh menolong kanak-kanak yang lain.

Oleh itu beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dan mencipta program Math Magic!

Jiwa jutawan bersemangat kental dan tidak mudah mengaku kalah, walau apa pun rintangan yang datang, anggaplah ianya satu ujian dan anda terus maju ke depan! -Mohd Nizam & Zahid

Sunday, April 13, 2008

Jangan putus asa dengan hidup

Paulo Coelho, seorang penulis yang terkenal di peringkat antarabangsa, memulakan usaha menulis buku novel bermodalkan kisah sebenar beliau kerana perasaannya tidak gembira dan sukar mencapai matlamat dalam hidup.

Kisah ceritanya sangat berkait dengan perjalanan kerohanian. Justeru, The Alchemist, buku paling laris beliau mengisahkan pengalamannya melawat Mesir, berkawan dengan orang Islam dan melihat kehidupan perjalanan hidup rakannya sebagai seorang Islam yang taat.

Dalam ceritanya itu, Coelho mendengar bacaan al-Quran yang kuat menusuk hatinya yang kemudiannya memberikannya penuh inspirasi bahawa Tuhan, pada hakikatnya, menunjuk arah kepada manusia. Katanya: "Jika kita mendengar apa yang Tuhan beritahu, tidak ada pilihan untuk kita melakukan kesilapan."

Jika seseorang memberi fokus kepada hidupnya, masa depannya dan orang di sekelilingnya maka setiap hari adalah pembawa perubahan. Apabila hidup bersama keinginan yang membuak-buak, kita mula belajar untuk berbakti dan menghambakan diri kepada Allah, Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Allah menimbulkan keinginan kita terhadap sesuatu yang menjadi hajat kita dengan mencampakkannya ke dalam hati. Dan rahsia mendapatkannya ialah dengan yakin sepenuh hati bahawa Allah akan menunaikan hajat kita-

Jawapan yang menarik daripada Ebi AF5 mengenai kisah beliau dengan Mila.

“Saya ini umpama pokok yang berbuah lebat, orang baling dengan batu, kita balas dengan jatuhkan buah. Tapi jangan lupa, kalau asyik baling saja, lama kelamaan yang tinggal hanyalah buah yang busuk. Apa yang berlaku saya titip sebagai pengajaran yang terbesar dalam hidup saya. Selepas ini, saya tidak akan mudah mempercayai orang dan saya kena tabah serta kuat meladeni kehidupan ini,” -Ebi AF5.