Wednesday, August 6, 2008

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak terang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta
secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu.Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang
yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi
manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui
makhluk yang lain.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas
dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa
banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh
dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebi h besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time kerja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun
atas meja)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma
tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah
amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita
riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila
sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati
jangandiletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah. ..

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu
"panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat
dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan
kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya.Jadi. .sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain...andai kita terleka Dengan dunia ... buruklahh padahnya...


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi."