Thursday, May 15, 2008

Ilmu itu memang cukup berharga.

Memang setelah abis membuat diploma dan memperolehi kerja aku telah pun berazam untuk sambung degree dan kalau boleh nak rasa masuk IPTA. hasrat ini telah lama pun terpendam sebab kawan2 aku yang seangkatan aku masa sekolah rendah aku dengar semuanya lepak kat university.Dulu kira aku ngan diaorang tu kira seangkatan la..

Tengok2 masa sekolah menengah aku dah di tinggalkan.mereka ramai yang masuk MRSM la, Asrama penuh la, aku sekolah biasa jek.pastu lps SPM aku dengar diaorang ramai gak masuk U tapi aku tetap bersyukur sebab aku dapat jugak sambung diploma jugak ,masuk Tuas Polytech apply kat surat khabar jek iklan kecik masa aku keje part time kat mc donald lepak rumah abang aku kat PJ, amek Electrical Engineeing.Aku bukan dengki kat diaorang tapi persaingan sihat. Ada ustaz cakap tak salah sebab pokok pun bersaing sesama dia untuk dapat kan cahaya matahari...jadi tu mungkin dah lumrah hidup.

Semasa aku keje aku mmg tak pernah miss2 mintak peluang sambung kat IPTA secara full time..tiap2 tahun antau borang tapi tak pernah sangkut. Aku mmg tekad tak nak sambung part time sbb aku raser mcm tak best tgk diorang belajar.

Tetapi pada tahun 2001 mei akhirnya aku akur dengan keputusan untuk melanjutkan pelajaran secara part time di sebuah IPTA setelah beberapa kali permohonan gagal untuk secara sepenuh masa.Mungkin tak berapa layak kut sebab aku mintak bidang lain hehe..Masa mintak borang belajar part time ni pun aku just follow kawan opis aku jer...Jefri..dia antau aku antau la borang...dan akhirnya dua-dua dapat..terima kasih jep..aku follow2 jer tapi akhirnya aku macam serius..kebetulan tu jgk aku di pilih sekejap untuk baca ikrar university dihari pendaftaran tu..ntah mcm mana si jep ni ringan mulut beborak dgn satu pegawai ni namanya Indar, sbb aritu masa nak kan cop pengesahan mintak kat minah ni..pegawai tinggi jgk la...kitaorang pernah mintak cop pengesahan kat dia untuk sah sijil aritu, jadi secara tak langsung aku jadi cip baca ikrar kat dewan...Aku raser seperti tu satu tekad/doa aku pada diri aku yang pada mula2 nya raser nak main2 jer..akhir nya..menjadi realiti...mmg banyak dugaan nya belajar part time ni...semester pertama ramai yang kecundang ..banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan pembelajaran part time ni..aku ingat kata2 dr. Abdullah ketua bagi jabatan FSKTM tu...dia ada ada 5 faktor...aku tak berapa ingat tapi yg no 2 nyer tak silap aku DANA..mmg betul dia cakap...saper kater duit tu tak penting...start pada tu aku tak panggil duit tu sebagai duit..tapi aku panggil dana sbb ia adalah alat untuk memperolehi sesuatu..

Sem 1 mmg tough giler...raser nak quit jer..Aku tertekan sbb aku raser belajar secara part time lebih kepada pembelajaran sendiri..raser mcm tak feel sanagt la..Satu mlm tu aku pressure dan aku chatting ngan saper2 yg sudi chat ngan aku dan aku luah kan jugakla masalah aku yg aku alami ni...sampai ada la satu minah tu dia chat ngan aku dan dia tanya apa niat aku nak sambung belajar...dia kata kalau setakat niat nak naik pangkat ker...naik gaji ker... baik tukar nawaitu tu dulu...last2 aku tanya dia nak tukar niat mcm mana...dia kata niatkan menuntut ilmu itu kerana ALLAH taala....memang betul la sekarang ni...5 tahun masa yang dah berlalu tu banyak nak citer kisah2 tapi whatever pun aku bersyukur kerana dengan pertolongan NYA aku akhirnya.






No comments: