Sunday, April 13, 2008

Jangan putus asa dengan hidup

Paulo Coelho, seorang penulis yang terkenal di peringkat antarabangsa, memulakan usaha menulis buku novel bermodalkan kisah sebenar beliau kerana perasaannya tidak gembira dan sukar mencapai matlamat dalam hidup.

Kisah ceritanya sangat berkait dengan perjalanan kerohanian. Justeru, The Alchemist, buku paling laris beliau mengisahkan pengalamannya melawat Mesir, berkawan dengan orang Islam dan melihat kehidupan perjalanan hidup rakannya sebagai seorang Islam yang taat.

Dalam ceritanya itu, Coelho mendengar bacaan al-Quran yang kuat menusuk hatinya yang kemudiannya memberikannya penuh inspirasi bahawa Tuhan, pada hakikatnya, menunjuk arah kepada manusia. Katanya: "Jika kita mendengar apa yang Tuhan beritahu, tidak ada pilihan untuk kita melakukan kesilapan."

Jika seseorang memberi fokus kepada hidupnya, masa depannya dan orang di sekelilingnya maka setiap hari adalah pembawa perubahan. Apabila hidup bersama keinginan yang membuak-buak, kita mula belajar untuk berbakti dan menghambakan diri kepada Allah, Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Allah menimbulkan keinginan kita terhadap sesuatu yang menjadi hajat kita dengan mencampakkannya ke dalam hati. Dan rahsia mendapatkannya ialah dengan yakin sepenuh hati bahawa Allah akan menunaikan hajat kita-

No comments: