Wednesday, April 16, 2008

2 kisah bagaimana orang biasa mampu menjadi jutawan bermula dengan idea sahaja

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Idea Jutawan #2: Pinjaman $20,000 Menjadi Jutaan Dollar?++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Nama : Jonathan Elvidge

Warganegara : England

Umur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991.

Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti topeng mahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam.

Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya tetapi beliau memerlukan $20,000. Beliau meminjam dengan bank melalui skim usahawan.
Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli belah diHull.

Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull. Menjalin kerjasama dengan Andrew Hobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau. Pada akhir tahun pertama,mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England. Produk yang menjadi kegilaan ialah lampu lava.

Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.
Apabila Jonathan Elvidge diberhentikan kerja oleh majikannya disebuah syarikat telefon di Hull, beliau membuat keputusan untuk membuka bisnes sendiri.

Kegemaran beliau pada gadget dan rancangan TV the Fall and Rise of Reginald Perrin,memberikan satu idea buat duit kepada beliau. Satu hari beliau hendak membelikan kawannya hadiah hari jadi, tetapi kerana kekurangan pilihan membuatkannya nekaduntuk membuka kedai gadgetnya sendiri. Beliau membuat kajian produk dan setelah berjaya meminjam $20,000 daripada bank beliau menyewa sebuah unit kedai dipasaraya Hull.

Pada hari pertama membuka kedainya, hanya beliau, seorang kawan dan penjaga bayi yang melayan pelanggan. Oleh kerana Jonathan tidak tahu untuk berunding,beliau telah bersetuju untuk menyewa unit kedai tersebut pada harga yang agak mahal $30,000 setahun. Ini menyebabkan beliau hanya dapat pulangan modal walaupun bekerja 60 jam seminggu. Beliau mahu membuka lebih banyak kedai tetapi modalnya tidak cukup.

Andrew Hobbs, orang yang bertugas menyewakan unit kedai tersebut mahu menjalin kerjasama. Jonathan bersetuju dan pada akhir tahun pertama mereka telah membuka dua buah lagi kedai. Jonathan menghabiskan banyak masanya menjelajah ke pesta perdagangan untuk mencari produk. Jonathan telah bertukar daripada seorang operator menjadi jutawan dengan nilai asetnya mencecah $50 juta!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Idea Jutawan #3: Mengajar anak Matematik akhirnya jadi jutawan!+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nama : Judith BlissWarganegara : Amerika SyarikatUmur : 48 tahun

Idea bodoh : Mereka cipta komputer games yang menolong kanak-kanak belajarmatematik. Idea beliau ialah satu pengembaraan dengan kuiz matematik. Beliaumemanggil game tersebut ‘Math Magic”

Modal mula : Tidak diketahuiBagaimana idea digerakkan : Membuka bisnes sendiri – Mindplay. Menjual Math Magicdan terus merekacipta beberapa komputer games.

Jualan : Menjual disekolah-sekolah – melalui pos!

Pendapatan : $1.4 juta pada tahun pertama.

Judith Bliss berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya suka berjudi dan akhirnya disumbatkan kepenjara kerena merompak, semasa Judith berumur 11 tahun. Ibunya terpaksa mengambil upah membasuh baju dan membuat kerja berat untuk hidup.

Judith yang tahu betapa pentingnya pelajaran berjaya mendapat ijazah dalammatematik dan beliau mendapat pekerjaan sebagai komputer programmer. Beliau berkahwin dan mempunyai seorang anak, David. Apabila David berumur 4 tahun segala-galanya berubah.

David selalu merungut bahawa beliau merasa bosan disekolah tetapi cikgunya berkata David sengaja tidak mahu belajar. Walaupun begitu, Judith mendapati anaknya suka bermain

komputer beliau selama berjam-jam lamanya. Ini memberikanbeliau satu idea. Bagaimana jika beliau dapat mencipta satu program, yang mengandingkan satu pengembaraan dengan menjawab soalan-soalan matematik?

Satu komputer game yang boleh menjadikan belajar matematik sesuatu yangmenyeronokkan? Jadi, beliau telah mencipta satu program untuk melepaskan satu mahluk yang comel dari penjara seorang nenek kebayan dengan menjawab soalan-soalanmatematik. Kalau tidak mahluk tersebut akan dipenjarakan selamanya.

Ianya berjaya! Anaknya, David sangat suka dengan program tersebut dan hanya 3 bulan sahaja keputusan peperiksaannya meningkat. Ini membuat Judith terfikir jika program tersebut boleh menolong anaknya, ianya pasti boleh menolong kanak-kanak yang lain.

Oleh itu beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dan mencipta program Math Magic!

Jiwa jutawan bersemangat kental dan tidak mudah mengaku kalah, walau apa pun rintangan yang datang, anggaplah ianya satu ujian dan anda terus maju ke depan! -Mohd Nizam & Zahid

No comments: