Thursday, April 17, 2008

Berani gagal

"SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!"

Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripadakesilapan yang kita pernah buat. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Andaperlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yangberjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan.

Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalahsesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlukalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satumotivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda perbaikinya. Pasukan yang menang sesuatu pertandingan tidak menang semua perlawanan.

Jangan ambil hati apabila gagal. Anda mempunyai misi anda sendiri,matlamat dan impian yang jelas. Jangan biarkan orang lain yangmenolak permintaan anda untuk melemahkan semangat anda. Anda perlu fokus dan teruskan. Anda mempunyai sasaran dan anda mesti capai walaupun halangan menunggu. Ingat, selepas gagal kali pertama anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan datang.-Mohd Nizam & Zahid

No comments: