Saturday, March 26, 2011

Tukarkan Ilmu Kepada Duit-Pendedahan Senjata Ampuh Bergelar Seorang Yang Kaya

1. Pelik betul. Macam mana pulak ilmu boleh kita tukar jadi duit? Heran betul…hehhehe… Sebenarnya yang saya maksudkan ialah guna segala ilmu yang ada untuk menjana pendapatan yang lumayan. Gunakan ilmu itu sehingga anda menjadi pakar.

2. Kebanyakan kita suka mengumpul duit dahulu sebelum mencari ilmu. Pada pendapat saya itu tidak betul kerana dengan ilmu kita boleh gunakan ilmu itu untuk menggandakan duit kita. Kalau duit kita banyak sekalipun, tanpa ilmu pengurusan kewangan yang betul, duit kita akan mudah lesap juga. Dengan ilmu kita boleh tukarkan RM 10. 00 kepada RM 100.00.

3. Saya ingin dedahkan kepada anda bahawa ilmu untuk menjadi jutawan tidak diajar di sekolah atau di mana-mana saja. A pa yang diajar di sekolah hanya untuk kita lulus peperiksaan dengan cemerlang dan seterusnya mendapat pekerjaan yang kita idam-idamkan.

4. Apa yang perlu kita lakukan ialah, MEMBACA. Membaca adalah jabatan ilmu. Kita perlu banyak membaca tentang keusahawan, perniagaan, motivasi dan kewangan. Perkara ini akan meningkatkan ilmu kita dari semasa ke semasa. Dalam agama Islam pun digalakkan membaca kerana membaca mampu mengubah kehidupan kita.

5. Jika anda ingin bergelar jutawan, anda harus wujudkan minda seorang jutawan dalam diri anda. Cara anda bertindak dan berfikir seperti seorang jutawan.A pa yang anda fikirkan dan apa yang anda lakukan, itu di panggil kehidupan. Bila kehidupan kita sudah menujukkan cara hidup seorang kaya atau jutawan, maka mudahlah kita kekayaan itu untuk di capai.

6. Secara peribadinya, kehidupan seorang yang kaya tidaklah mempunyai kereta mewah, rumah besar atau suka membazir. Kehidupan seorang yang kaya ialah kehidupan yang sederhana, berdisiplin dan bermatlamat dan tahu menguruskan kewangan dengan betul supaya tidak berbelanja melampui batas.

7. Sudah lumrah manusia iaitu mudah leka dan lupa. Maka semaikanlah minat mencari ilmu dan membaca kerana itu adalah salah satu senjata ampuh untuk bergelar seorang yang kaya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ruang Iklan

Dapatkan segera pendedahan terhebat teknik Google Adwords sekiranya anda berminat menjana pendapatan lumayan melalui perniagaan internet!


Aliran Trafik, Pemasaran, Perniagaan, Perniagaan Internet, Produk, Usahawan Internet, Wang none Read more
Usahawan…Usahawan…Usahawan…
January 27, 2011 Muhamad Nornizam No comments
Ruang Iklan

Dapatkan segera pendedahan terhebat teknik Google Adwords sekiranya anda berminat menjana pendapatan lumayan melalui perniagaan internet!!!!!!!!!



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1. Saya teringatkan kisah saya melepak kat kedai minum tempoh hari. Ada 2-3 orang pelanggan cukup gah bercerita pasal usahawan. Memang bising jugak kedai tu dibuatnya. Yelahkan usahawan jumpa usahawan. Maybe banyak perbincangan kot. Tu saja yang pikir. Takda pa yang saya pikirkan.

2. Tiba-tiba saya tergerak hati melayari internet dan jumpa dengan 1 artikel tentang usahawan. Saya rasa ianya banyak memberi manfaat kepada kita.

3. Dari pembacaan saya, rupa-rupanya usahawan ini ialah individu yang mencipta sesuatu perniagaan baru yang mempunyai risiko dan bertujuan untuk mendapat keuntungan dan membesarkan empayar pernigaan dengan mencari peluang-peluang baru dengan menggunakan segala resource yang ada di sekelilingnya.

4. Memang saya akui bergelar seorang usahawan bukan sesuatu yang mudah namun tak mustahil. Cuma ia menuntut kesabaran dan pengorbanan yang tinggi serta sokongan dari orang sekelilingnya.

5. Antara ciri-ciri seorang usahawan ialah :

a. Bersedia untuk bertanggungjawab

b. Berani menghadapi risiko

c. Yakin untuk berjaya

d. Desire for feedback

e. High level energy

f. Future orientation

g. Kemahiran pengurusan

h. Mementingkan pencapaian daripada duit

i. Fleksible

j. Berkomitmen tinggi

6 Sebenarnya sesapa pun boleh jadi seorang usahawan. Tak kira lah lelaki atau perempuan, tak kira warna kulit, keturunan dan umur. Yang paling penting, ada minat yang mendalam terhadap keusahawanan sudah cukup untuk bergelar usahawan.

7. Saya sendiri akui menjadi seorang usahawan memang mempunyai kelebihan. Antara kelebihannya ialah

a. Bebas menentukan destiny hidup kita sendiri.

b. Kita dapat melakukan kelainan dari orang lain.

c. Mampu menggunakan seluruh potensi diri yang ada.

d. Berpeluang menjana profit yang maksima mengikut usaha kita sendiri.

e. Menyumbang kepada masyarakat.

f. Sentiasa gembira dengan apa yang kita lakukan.

Begitulah seronoknya menjadi seorang uasahawan.

8. Walaubagaimanapun, menjadi seorang usahawan pun banyak kekurangan. Antara kekurangan yang boleh saya kongsikan dengan anda ialah:

a. Income yang tidak stabil

b. Berisiko kehilangan semua pelaburan yang dilaburkan.

c. Quality hidup yang rendah pada permulaan.

d. Stress yang agak tinggi (aku selalu stress bila sibuk)

e. Bertanggungjawab sepenuhnya jika ada apa-apa terjadi.

f. Discouragement (Kurang sokongan dari rakan, keluarga dan saudara mara)

9. Sekiranya anda berniat menjadi seorang usahawan, saya

Petikan dari :

http://bisnesku.com/?m=201101

No comments: