Tuesday, March 29, 2011

Di mana lubuk rezeki ku?

(Bagaimana hendak mencari rezeki, yang lebih utama, bagaimana hendak mendapatkan lubuk rezeki)

Seringkali dilihat orang yang ‘street smart’ lebih berjaya dalam kehidupan daripada orang yang ‘book smart’. Kenapa? Kadang kadang orang yang ‘book smart’ tak kental jiwa – tak cukup modal spiritual, tak tahu nak cari di mana lubuk rezeki.

Contohnya, ada seorang hamba Allah hanya kerja 2 hari seminggu tetapi mendapat gaji 50 ribu ringgit sebulan. Apa rahsianya?

Setiap hamba Allah pasti ada kemahiran. Kemahiran ini lah lubuk rezeki.

Masalahnya hari ini kita hendak jadi seperti orang lain. Jadilah diri kita sendiri. Carilah apa kemahiran yang Allah titipkan untuk kita di dunia ini. Pernah kah kita bertanya kepada Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Merancang dan Yang Maha Memberi Rezeki?

Yang perlu kita buat tanya lah kepada Allah. Formula yang boleh kita ambil, sentiasa rujuk kepada Allah. Buat solat hajat, minta pada Allah baik-baik. “Ya Allah apakah kemahiran yang dititipkan untuk ku supaya aku dapat hidup di dunia ini, supaya aku dapat rezeki, supaya aku jadi kaya dan akan jadi orang yang lebih kaya (fizikal & spiritual).”

Allah Maha Adil. Apabila kita sudah mengetahui kemahiran masing-masing, sama ada memasak, menjahit, dan sebagainya, maka hidup dan bekerja lah mengikut fitrah, mengikut kemahiran kita sendiri. Jangan kita keluh atas kesusahan.

Marilah masuk kepada program Allah. Tekad baru kita, mulai pada hari ini saya akan munajat kepada Allah. Insya Allah berjaya dunia dan akhirat.

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih kerana membuat transkripsi program motivasi pagi Dr. Azhar Hj. Sarip