Wednesday, April 8, 2009

Formula 70/30 Menjana Kekayaan

Saya akan kongsikan dengan anda satu teknikatau formula yang biasa digunakan oleh mereka-mereka yang telah berjaya dalam hidup.

Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapatanda mulakan secepat mungkin dan kongsikanbersama keluarga atau teman rapat anda.
Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?

Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada2 bahagian:
70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Initermasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan danshopping! Jika tidak cukup anda perlu mencarijalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehinggaianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.

Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan,anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%)sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untukmenjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan,samada menolong orang tua, anak yatim, dan mendermakemasjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawakebahagian dan digandakan!

-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes.Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi,anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus,beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatuyang baru, buka minda anda dan anda pasti menemuisesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depananda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda keranaianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.
Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan denganbonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:

>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jikaanda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kirawalau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakanteknik diatas untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapahebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidakramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupundah pencen.
Abdul Latiff, jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan,dengar kata saya dan ikut Formula 70/30 mulai hari ini.

email dpd mohd nizam & zahid.

No comments: