Saturday, May 8, 2010

Doa yang di baca oleh Syeikh Habib Omar di Majid Al-Falakh USJ 9.

YA ALLAH AMPUNILAH KAMI DOSA KAMI YANG TERDAHULU DAN JAGALAH KAMI PADA MASA-MASA YANG AKAN DATANG .

YA ALLAH KURNIAKANLAH JUGA PENGAMPUNAN ITU KEPADA ORANG2 TUA KAMI, KEPADA KELUARGA-KELUARGA KAMI DAN ORANG YANG MEMILIKI HAK KEPADA KAMI.

YA ALLAH,

BERILAH HATI-HATI KAMI KECINTAAN YANG TELUS KEPADA MU, DAN KECINTAAN KEPADA RASULMU, DAN KECINTAAN KEPADA KELUARGANYA DAN SAHABAT NYA,DAN KECINTAAN KEPADA PARA SOLIHIN DARIPADA DARIPADA HAMBA-HAMBA ALLAH.

YA ALLAH,

ENGKAU KUMPULKAN KAMI PADA MALAM INI MELIHAT KEPADA SEJARAH MEREKA MAKA KUMPULKANLAH KAMI NANTI DENGAN MEREKA.

JANGAN LAH ENGKAU JADIKAN SALAH SATU DARIPADA KAMI JAUH DARIPADA WAJAH-WAJAH MEREKA DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN SALAH SATU DARIPADA KAMI TERKELUAR DARIPADA LINGKARAN MEREKA.

WAHAI YANG MAHA PENGASIH

WAHAI YANG MAHA PEMURAH

TIDAK ADA ENGKAU SELAIN UNTUK KAMI MEMOHON.TIDAK ADA TUHAN SELAIN ENGKAU UNTUK KAMI MENGHARAP.

YA ALLAH,

TANG TELAH MENGUMPULKAN KAMI SEMUA DI TEMPAT INI, KABULKAN LAH KAMI SEMUA DI TEMPAT INI, KUMPULKANLAH WAJAH KAMI SEMUA YANG BERADA DISINI BERKUMPUL DIBAWAH PANJI NABI MUHAMMAD (S.A.W) , KEMALKANLAH WAJAH-WAJAH INI BERADA DI TEMPAT YANG ENGKAU MULIAKAN.

YA ALLAH,

ENGKAU TELAH KUMPULKAN KAMI SEMUA DISINI, JANGANLAH ENGKAU PISAHKAN KAMI SEMUA DISANA.SESUNGGUHNYA PADA ENGKAU SEMUA YA ALLAH TEMPAY KAMI MENGUMPUL HAJAT KAMI. ENGKAU ADALAH TUHAN KAMI,ENGKAU ADALAH PEMBIMBING KAMI, JADILAH PENGUMPULAN KAMI INI SEBAGAI BEKAL UNTUK KAMI BERKUMPUL PADA SATU HARI YANG SANGAT BESAR YANG MANA KETIKA ITU JANGAN LAH ENGKAU GOLONGKAN KAMI DIDALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG TAKUT ATAUPUN GOLONGAN YANG SEDIH,KAMI MENDAPAT GEMBIRA PADA WAKTU ITU UNTUK BERSAMA DENGAN PARA ANBIAK, BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG TELAH DIHAMPIRI OLEH PARA-PARA MALAIKAT YANG MANA MEREKA MENDAPAT KHABAR GEMBIRA UNTUK TIDAK TAKUT DAN TIDAK SEDIH DAN TERIMALAH KHABAR GEMBIRA DAN JANJI-JANJI SYURGA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA MU

WAHAI YANG MAHA PENGASIH.

WAHAI YANG MAHA PEMURAH

LIHATLAH KEPADA KAMI SEMUA DITEMPAT INI, DEKATKANLAH KAMI SEMUA KEPADA ENGKAU GEMBIRAKAN LAH KAMI SEMUA,PERBAIKILAH KAMI SEMUA BERILAH NIKMAT KEPADA KAMI SEMUA, LIHATLAH KEPADA KAMI SEMUA, BIMBINGLAH KAMI SEMUA , KUTAKANLAH KAMI SEMUA, JAGALAH KAMI SEMUA , PIMPINLAH KAMI SEMUA, JADIKANLAH ENGKAU BERSAMA KAMI SELALU, PERBAIKILAH SEMUA URUSAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU GOLONGKAN KAMI DALAM GOLONGAN YANG BERDOSA, JANGANLAH ENGKAU CELAKAN KAMI, BIKANLAH ORANG KAU USIR, BUKANLAH ORANG YANG BERDOSA,

YA ALLAH,KAMI MEMOHON KEPADA MU,
YA ALLAH KAMI MENGHARAP KEPADA MU,
YA ALLAH KAMI MOHON KEPADAMU,
YA ALLAH KAMI MEMINTA KEPADA MU,
YA ALLAH KAMI MEMINTA KEPADA MU,
YA ALLAH ENGKAU ADALAH TUJUAN KAMI,
YA ALLAH ENGKAU ADALAH TUJUAN KAMI,
YA ALLAH ENGKAU ADALAH BENTENG KAMI,
YA ALLAH ENGKAU TEMPAT KAMI BERLINDUNG,
KABULKAN KAMI SEMUA,
KABULKAN KAMI SEMUA,
KABULKAN KAMI SEMUA,
PERBAIKILAH LAHIR DAN BATIN KAMI,

SINARILAH HATI-HATI KAMI
SINARILAH HATI-HATI KAMI
SINARILAH HATI-HATI KAMI...

selepas itu doa tersebut tidak dapat di terjemahkan lagi kerana penterjemah telah pun sebak dadanya tidak terkeluar lagi kalam-kalam berikutnya...

Wallahulam..

4 kitab asas yang wajib ada di rumah.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz pada pagi ini menggunakankan kitab "Akidah Ahli Sunnah Waljamaah" karangan Tuan Haji Said Bin haji Ibrahim.

Hari ini beliau cuma menerangkan bahagian Muqadimah. Ahli surau telah pun memberi nama kepada wakil qariah untuk mengirim kitab tersebut kepada ustaz.Harga kitab sebuah adalah RM35.00 untuk yang rumi dan RM 30.00 untuk tulisan jawi. Sebanyak 12 naskah telah di tempah kepada Ustaz.

Adapun ketika berbicara setelah tasbih kifarah dibaca, ustaz menyarankan adalah wajib bagi setiap keluarga mempunyai 4 buah kitab yang asas untuk kesempurnaan beragama. Antaranya ialah :-

1. Kitab TafsirAl-Quran.

Menurut Ustaz Abdul Basit bin Abdul Rahman, kitab tafsir Al-Quran terjemahan Abdul Rahman dikatakan sesuai untuk masyarakat melayu di Malaysia.

2. Kitab Akidah

Contoh kitab akidah adalah "Akidah Ahli Sunnah Waljamaah"seperti yang akan di pelajari pada setiap hari ahad minggu kedua dan keempat di Surau Taman Angkasa Indah.

3. Kitab Fekah.

Contoh kitab Fekah adalah Mutaal Badrin. Fekah ini adalah bersamaan dengan ibadat.

4. Kitab Tassauf.

Contoh kitab Tasawuff adalah kitab Penawar Hati. Adapun kitab lama seperti kitab Hikam.

Wallahualam.

Suasana di Syurga

SEKADAR MENYAMPAIKAN.....

"
Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..


Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an
kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar
sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas.
Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat
kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j

---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au
kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au
kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )


"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar?
Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag
LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh.
Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag
LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda
kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)


..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~


Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

Tuesday, April 13, 2010

Prinsip Ekonomi.

SEJUK, HANGAT, PANAS, PEMELUAPAN DAN HUJAN

Kelakar pula bila saya baca kembali tajuk di atas. Maafkan saya pakar istilah bahasa dan ahli akademik, saya cuma mahu cuba menulis dalam bahasa mudah tentang situasi ekonomi yang cold, warm, hot, bubbles dan rain. Sekiranya ada istilah yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu, sila perbetulkan saya.

Keadaan dan perkembangan ekonomi adalah sama seperti tajuk di atas. Baik dulu, kini dan selamanya, ia pasti dan akan berlaku sebegitu jua. Cuma yang berbeza adalah watak-watak di dalam situasi ekonomi tersebut.

Ekonomi yang sejuk adalah ekonomi yang tidak baik. Anda bayangkan musim winter. Ia menyukarkan pergerakan. Binatang berhibernasi.

Ekonomi yang hangat adalah ekonomi yang paling baik. Ia tidak berapa sejuk. Ia juga tidak berapa panas. Semua orang seronok. Angin sepoi-sepoi bahasa. Hawa yang selesa.
Ekonomi yang panas pula adalah ekonomi yang kurang baik. Walaupun cuaca panas, tetapi proses hidrasi juga berlalu dengan pantas. Nak bersukan pun tidak selesa. Siapa suka main bola sepak tengah hari buta?

Ekonomi yang meluwap pula adalah ekonomi yang sudah ke penghujung. Bahaya sudah menanti. Ini kes hidrasi yang tidak terkawal. Orang jadi tidak tentu arah. Panasnya sudah maksimum sehingga air membentuk buih wap.

Ekonomi yang hujan adalah ekonomi yang merudum. Semua orang mahu berlindung. Bayangkan dalam satu padang bola terbuka, hanya VVIP dan beberapa kerat yang lain sahaja yang dapat menyelit dalam khemah utama apabila hujan turun dengan tiba-tiba.
Analoginya begini. Kita ambil buah kelapa sebagai contoh. Perniagaan kelapa di daerah Semua Boleh.

Satu hari, bekalan buah kelapa terlalu banyak. Tetapi tiada permintaan. Permintaan yang biasa adalah datang dari penggemar masak lomak pedas cili api dan gulai utara. Pembekal kelapa pening kepala. Peladang kelapa pun pening kepala. Peraih kelapa pun pening kepala. Apa la nak jadi dengan perniagaan kelapa. Akhirnya, ramai bungkus, kena saman hutang dan buka perniagaan lain. [Cold]

Pada saat orang tidak mahukan kelapa, tiba-tiba ada yang mula memborong kelapa secara senyap. Dia beli kelapa sikit-sikit. Tak naik lori. Tapi naik van buruk. Justeru, tidak ada siapa yang tahu lambakan kelapa itu sudah pun dibeli. Pembekal, peraih dan peladang yang masih kekal dalam perniagaan mula tersenyum. Mereka tahu ada beberapa orang mula membeli sikit-sikit tetapi konsisten. Mereka tidak tahu kenapa tetapi apa mereka peduli, yang penting kelapa mereka terjual walaupun dengan harga murah. [Cold reduce]

Tidak lama kemudian, kelapa semakin mempunyai permintaan. Oh, musim kahwin sudah sampai. Kerisik banyak nak guna, nak buat rendang. Pembekal, peraih dan peladang kelapa mula naikkan harga. Permintaan sudah ada. Beberapa orang yang membeli kelapa sedikit dan konsisten itu tadi pun mula menjual kelapa kepada orang ramai. Pelaburannya mula menampakkan hasil. [Warm]

Harga kelapa semakin mahal. Pelabur kelapa pula sudah mula beli beberapa lori 3 tan dan sudah pakai Mercedes baru. Ramai pula yang bekerja dengan pelabur kelapa. Dan semakin ramai berminat untuk membuka perniagaan kelapa. Santan Kelapa Enterprise. Kelapa Muda & Kawan-Kawan. Kelapa Emas Sdn Bhd. Koperasi Kelapa Hijau. DeCoco Network. Semua Kelapa Bhd. Mana tidaknya, bulan puasa sudah hampir. [Hot]

Abu, seorang pengusaha nenas cemburu melihat kawan-kawan yang berniaga kelapa mula bertukar kereta baru. Dia pun mahu join sekali. Harga kelapa parut sudah berharga RM 2.50 sebiji. Raya pun sudah dekat. Siapa mahu makan nenas waktu raya? Dia pun mula tanam kelapa, daftar syarikat kelapa, pinjam duit sana sini untuk bukak kedai, tanam kelapa, beli kelapa dan sebagainya. Kini, Abu Kelapa sudah datang. Lupakan Abu Nenas yang lama. [Bubble]

Rupanya bukan Abu sahaja yang sebegitu. Mereka yang tidak pernah tahu menahu pasal kelapa pun mula minat nak berbisnes kelapa. Minah, Sally, Samad, Raju, Chin, Chau, Sam, Dol semuanya berminat nak berbisnes kelapa. Siapa tidak meleleh tengok Din Loklak sudah kaya raya dengan jual kelapa sahaja. Harga kelapa parut mencecah RM 4.00 sebiji pun mereka yakin ada pembeli. [Bubble]

Lantas mereka mula memborong kelapa sebanyak mungkin. Duit Tabung Haji keluar. Duit bawah bantal keluar. Duit dalam bank keluar. Pinjam duit lagi. Yang penting mereka semua mahu jadi penjual kelapa! Kalau Din LokLak boleh kaya raya kenapa tidak mereka? Mereka pun nak jadi pembekal, peraih dan pelabur kelapa. [Bubble]

Hari ini dilaporkan RM 5 sebiji kelapa parut! Mereka mula mencongak keuntungan. "Kalau boleh naik RM 10 sebiji ni." "Kalau naik sampai RM 15 sebiji …" Pakcik Kayo! [Bubble]

Mereka dengar pula cerita orang kampung yang Penghulu Daerah Semua Boleh akan mewajibkan semua rumah masak rendang, bubur, masak lomak pedas dan gulai utara dan air kelapa segar sahaja untuk hidangan hari Raya. Wow! Ini sudah bagus. [Bubble]

Nak dijadikan cerita, pegawai kesihatan datang ke daerah mereka dan memberitahu jangan makan santan banyak sangat. Berminyak. Berlemak. Ada Kolestrol. Nanti sakit. Jagalah kesihatan. [Black Cloud]

Busted! Harga kelapa turun mendadak. Semua orang mahu jual kelapa yang mereka miliki. Tetapi pada waktu itu semua orang memiliki kelapa dengan harga yang tinggi. Lalu harga semakin rendah. RM 4. RM 2.50. RM 1.70. RM 1.20. RM 0.70 RM 0.35 … ! Ramai orang bankrap sebab berhutang. Syarikat terpaksa buang pekerja. Ramai orang mula menganggur. [Rain]

Tapi Din LokLak selamat. Sebab dia mula memborong kelapa dari RM 0.05 sebiji dan mula berhenti memborong apabila harga mencecah RM 2.00 sebiji. Dan dia menjual dan menghabiskan semua stok kelapa semasa harga kelapa mencecah RM 5.70 beberapa hari lepas.
… Tiada siapa peduli kelapa … … … Bekalan kelapa semakin banyak … Syarikat Kelapa Din LokLak mula mencari bekalan semula .[Cold]

Inilah yang telah berlaku dan akan terus berlaku dalam dunia perniagaan dan pelaburan.

Tulip Dutchmania Craze [1634-1637]
South Sea Bubble [1711]
Florida Real Estate Craze [1926]
Great Depression [1929]
Black Monday [19 Oct. 1987]
Asian Crisis [1997]
Dot com Bubble [2000-2002]

Friday, April 2, 2010

3 jenis orang yang menuntut ilmu.

Terdapat 3 jenis golongan orang yang menuntut ilmu kerana:-

1. Menuntut ilmu sebagai bekalan ke negeri akhirat, contoh ilmu agama(mencari keredhaan Allah).Orang ini adalah orang yang beruntung kerana menuntut ilmu akhirat.Orang yang menuntut ilmu akhirat ini, dunia akan mengikutinya.

2.Orang yang menuntut ilmu kerana ingin dapat jawatan segera di dunia seperti dapat pangkat . Orang ini seolah-olah berbuat jahat secara sedar.Dia mengetahui akan kesilapannya tetapi berharap kalau-kalau dapat bertaubat sebelum ajal.Golongan ini adalah oarang yang berbahaya kerana dikhuatiri tidak mendapat petunjuk sebelum ajal menjelma. Jikalau golongan ini sempat bertaubat dan dihapuskan dosanya, dia dikira seperti orang yang tidak mempunyai dosa.Walaubagaimanapun kita tidak mengetahui bilakah ajal menjemput akan kita. Orang ini biasanya menuntut ilmu kerana dunia maka dapatlah ia dunia.

3. Golongan yang ketiga ialah orang yang menuntut ilmu orang yang telah dikuasai oleh syaitan.Orang ini berasa bangga dengan ilmunya, bangga dengan ramai pengikutnya.Hatinya menjadi gelap.Golongan ini adalah golongan yang sangat rugi.

Bagaimanakah kehidupan orang islam pada masa kini? Adakah kerana pilihan no1, 2 atau 3. Tanyalah selera tepuklah dada.Rata-rata para profesional masa kini menuntut ilmu kerana sekeping kertas atau sijil yang kemudiannya dengan kertas itu dapat lah ia menjadi doktor, jurutera dan sebagainya dan mengharapkan imbuhan wang ringgit atau gaji. Maka perlulah muhasabah, perbetulkan niat.

Saya menasihatkan diri saya sendiri dan pembaca blog ini agar sentiasa muhasabah. Peruntukanlah paling kurang seminggu 1/2 jam untuk ilmu agama.Yakin lah pada ayat Al-Quran iaitu ayat seribu dinar yang hanya kebiassannya orang menggantungkan nya.

Ada lirik lagu indonesia berbunyi :-
"dunia ini memang indah, cepat kita kejar semakin dia lari"

Perumpamaan yang mudah seperti orang yang mengerjakan haji, tetapi pada masa yang sama dia ingin berniaga. Boleh berbuat demikian jikalau niat utamanya tidak tersimpang.Hendaklah ibadah haji itu diutamakan.


"orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa", diminta kita sentiasa berdoa minta mati dalam keadaan baik 'husnulhotimah',

minta dijauhkan daripada Allah ( wal a zubillah) mati dalam keadaan buruk 'su'ulkhotimah'.

Wallahualam.

ilmu diatas dsalin daripada rancanagan radio ikim, tajuk rancangan dan kitab rujukan saya sudah lupa.

Tuesday, March 23, 2010

CARA MENIKMATI HIDUP

Apakah anda mulai jenuh dengan rutinitas dan lebih ingin menikmati hidup? Berikut beberapa hal yang bisa anda coba:

Tertawa.
Pernahkah anda tertawa lepas bebas? Sekali-kali cobalah untuk tertawa lepas. Tertawa itu baik untuk kesehatan dan cara ampuh untuk menjadi lebih relaks. Jika sulit tertawa, sewa film paling lucu menurut rekomendasi, dan bebaskan diri anda tertawa hari ini..

Cara lain ialah dengan komunikasi dengan kerabat.
Sudah berapa lama anda tidak membuat janji dengan sahabat lama anda. Atau sudah berapa lama anda tidak bertemu dengan sepupu dekat anda? Buat janji dengan mereka dan kejar waktu yang terhilang.

Bertanya dan berguru.
Kadang dalam keadaan jenuh, kita membutuhkan orang yang lebih tua, lebih berpengalaman dan lebih bijaksana untuk diajak tukar pikiran dan membantu menjernihkan jalan pikiran kita yang sudah ruwet. Karena itu, temuilah pemimpin agama anda misalnya, untuk memberi masukan dan menjawab beberapa pertanyaan yang memenuhi benak anda selama ini. Bertanya juga tidak harus dengan benda bergerak. Anda bisa membeli buku yang bagus untuk didalami.

Buat sesuatu yang menyenangkan.
Sekali-kali, lakukan sesuatu yang fun namun sangat jarang anda kerjakan. Pergi ke konser musik bersama teman-teman, pergi ke Dufan di hari sabtu, atau manjakan diri satu hari penuh di spa yang mewah. Pasti seru.

Menolong orang lain.
Siapa sangka memberi bantuan pada orang lain adalah salah satu cara menikmati hidup. Dalam hidup ini, manusia tertipu oleh dunia dengan kebohongan bahwa lebih baik menerima daripada memberi. Padahal kebenarannya ialah sebaliknya. Tidak percaya? Coba saja. Sisihkan uang untuk pengemis tua yang biasa anda temui di jalan, atau kumpulkan baju bekas layak pakai anda dan bawa ke panti asuhan atau ke yayasan sosial, atau beli beberapa bungkus makanan dan bagikan kepada beberapa anak jalanan. Setelah itu, rasakan kenikmatan dibalik memberi dengan tulus dan hati yang gembira tentunya

Hibur orang lain.
Sekali lagi prinsip memberi ada disini. Anda yang jenuh, tapi anda yang menghibur orang lain. Tapi jika anda melakukannya, maka anda sendiri bisa terhibur. HIbur orang lain dengan senyuman, dengan memberi sapaan selamat pagi atau mengucapkan terimakasih, memberi pujian, atau mendengar cerita singkatnya tentang kehidupan pribadinya.

Cari makan.
Makanan bukan hanya untuk mengenyangkan perut saja, tapi untuk dinikmati. Sisihkan uang gaji anda bulan depan dan pakai untuk bersantap di resto paling oke di kota anda. Manjakan lidah anda sesekali. Makanan yang enak cukup ampuh untuk bisa melupakan rutinitas yang membosankan.

Cari teman curhat.
Kadang orang jenuh dan tidak bisa menikmati hidup karena harus menanggung semua masalah hidup sendirian. Bukan karena tidak punya teman, tapi karena memilih untuk menyimpan semua sendirian. Padahal makin ditumpuk didalam, tubuh dan jiwa pun makin terbebani. Sebaiknya cari sahabat yang bisa dipercaya dan mulai curhat dengan mereka secara rutin. Membagi beban akan membuat hidup anda lebih hidup dan lebih rileks.

Ambil kursus.
Mengambil kursus singkat tentang hal baru yang belum pernah anda pelajari sebelumnya adalah satu cara untuk membuat hidup anda variatif dan menambah percaya diri. Bahasa Prancis, memasak, menyetir atau membuat vas dari tanah liat adalah beberapa contohnya. Kalau malas sendirian, ajak teman dekat atau pasangan anda.

Dalami agama.
Tidak ada cara terbaik untuk mengobati kejenuhan dan menikmati hidup selain mendekat kepada si pemilik segala kehidupan yaitu Tuhan. Renungkan kebaikanNya, beribadah setiap hari dan mengenal pribadiNya adalah jalan keluar yang paling sempurna

Belajarlah mensyukuri hal-hal kecil

Bekerjalah efektif dan jangan bekerja keras, dengan demikian Andabisa punya waktu untuk menikmati hidup

Jangan ngoyo
Hidup ini tergantung lensa yang anda kenakan di mata anda ketika anda memandang kehidupan. Jika anda memilih untuk memakai kacamata yang baik dan positif, maka anda akan lebih menikmati hidup dan melihat segala sesuatu dengan baik walau dihalang oleh kejenuhan sekalipun.

Diambil dari jiwa.blogspot

Friday, January 29, 2010

Antara Forum Pemikiran Hassan Al-Banna dan balik kampung.

Hari ini aku dalam dilemma apabila memikirkan satu peluang yang terpaksa aku lepaskan iaitu untuk menuntut ilmu pergi ke forum Pemikiran Hassan Al-Banna di UNITEN kerana aku sudah planning untuk balik ke kampung halaman bertemu ayah bonda.Mana satu yang paling penting.Kedua-dua nya sama penting tetapi dari segi mengikut keutamaan adalah balik ke kampung halaman kerana aku sudah berjanji bersama bonda.Semoga Allah memberi keberkatan kepada pilihan ku.Walaubagaimanapun aku dapat satu blog yang agak menarik pada pagi ini.Wassalam.

http://sendirimenanti.blogspot.com/