SEKADAR MENYAMPAIKAN.....
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga  nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"
Soalan ini pernah  dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi  soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu  Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti  dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting.  Haha..
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana  berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti  kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Mmm...nampaknya  sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku  guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan.  Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari',  aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan  yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan yang lebih  mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK  mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan  rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah  menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang  sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan  sekali-kali ceritakan mengenai bidadari  apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang  ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan  ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di  kalangan wanita yang masih lemah imannya.."
Fuhh~! Sampai begitu  sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali,  hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam  Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin  tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.
Habis,  nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari?  Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?
Biar aku  beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
"Di syurga nanti,  selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak  nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting  sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga.  Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk  syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan  bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin.  Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak  nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan  dijadikan oleh Allah sebagaiketua  bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah  ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang  yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka  apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan  bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja.  Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si  suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak  juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama  bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah  kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia,  jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai  bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita  penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain.  Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda.  Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda,  tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari  syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka  penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka  mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka  seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah  kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak  takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka  mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila  diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada  di dunia) dan muda belia usia mereka".
Di dalam bahasa Arab,  kalimah `uruban juga  bermaksud berahi berpanjangan.. Dalam istilah yang agak kurang sopan  (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon  maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan  oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang  SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada  masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang  bidadari..for guys only.  ;-j
---
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan  suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi  suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.
Betul?
Tapi  adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan  tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah  penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka?  Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan  kenikmatan mereka Allah gandakan  kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari  tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik  la. Layanlah sampai dia puas.
"Tak kisah, janji dia tak layan  bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu  lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang  menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak  memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau  dahaga..". (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil.  Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad?  Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para  bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah  gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin  itu yang mereka kata.
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku  takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir  begini.
Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping  ke?" ; )
"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"
Mafhum  daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah  adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi  nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan  melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan  Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di  'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan  perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka  warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh  'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan  serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta  seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu  yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya  ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak  tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya  nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini,  sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet.  Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer  yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la  ibaratnya.
Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan  barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk  terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga  tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada  di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di  HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi  di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal  muda selama-lamanya, tak macam minah saleh  tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda  boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di  Department Pakaian Wanita.
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir  nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum  sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat  luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di  tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat  yang paling tengah dan paling tinggi".
belum habis lagi..ada  sambungan hadith ni;
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus  tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya,  gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang  kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada  emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi  mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang  mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang  mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah  sejauh jarak langit dan bumi."
Rasulullah hanya sempat meninjau  tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.
Syurga  tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang  tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak  pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka  diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar,  jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha  Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat  pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat  mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun  kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat  Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat  yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang  perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya  tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas  kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut  dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan  untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal  daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila  sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang  jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal  daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang  dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag  (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di  Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik  nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun  setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian  (kalau anda menghuni syurga tingkat atas  sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari  perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la  sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh  bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira  dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga  khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda  tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah  dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan  'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan  tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan  bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar  tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis  melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang  lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi  kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke  Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami  shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang  boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di  pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai  bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang  mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi  shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan  serumah) anda dahulu? ;-)
..dan mungkin pada kurun hadapan,  suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan  sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j
---
Dah  la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan  tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak  ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat  takabbur. Qaalu salaaman-salaama~
Lelaki  dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN! 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
No comments:
Post a Comment