Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat  dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata  kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu  menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu  sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak  dapat melupakan segalanya selagi  dia mengingatimu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap  pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah  sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu  menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba   membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan  lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya  begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia  melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh  jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk  dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari  makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan  basi dan  kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan  menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu  pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.  Mengapa  kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu  mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal  apabila dia beralih arah.
email dpd Zarina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
No comments:
Post a Comment